Friday, 16 December 2011

16 DISEMBER 2011 : Birthday Alya Nyli Binti Mohamad Rozi


"Happy Birthday to you..2x
Happy Birthday to ALya Nyli....
Happy Birthday to you...."

Pejam celik, pejam celik Alya dah berumur 5 tahun....ALhamdulilah ya allah...moga-moga Alya akan jadi anak yang solehah, penyejuk hati mama dan babah, berjaya dan cemerlang dunia akhirat....itulah doa yang sentiasa mengiringi hati mama....


Tahun depan (2012) alya akan melangkah ke alam baharu persekolahannya.....cepat betul masa berlalu...masih terngiang-ngiang lagi dentingan gunting dan jarum semasa melahirkan alya...tangisan pertama alya selepas keluar dari rahim mama msih jelas mama dengar.....tapi anak mama dah besar sekarang...alhamdulilah....


Alya memang soleh, cantik, comel , bijak dan genius....(puji anak sendiri..huhu). suatu hari nanti  bila alya dah dewasa..kata-kata itu yang akan alya ingati....Mama nak ALya tahu yang mama , babah dan along sangat sayang pada Alya...besar betul harapan mama  .... dan yang terbesar ..bila mama dn babah dah dijemput tuhan...ADAM dan ALYA akan jadi punca dan sumber pahala yang berterusan bagi kami....


 ALya ada Along (Adam Azim Bin Mohamad Rozi) yang juga sangat Soleh, Bijak , Pandai, Genius, Bijksana , berjaya dan cemerlang dunia & akhirat....kasih sayang mama tak pernah berbelah bahagi dan tak perlu dipertikaikan.....dalam hati mama hanya ada Babah, Adam & Alya....bersyukur yang tidak terkira dengan anugerh tuhan ini....mama selalu berdoa semoga kasih sayang dan hati-hati kita sekeluarga selalu bertaut, bersatu dan utuh dalam apa juga keadaan....juga sentiasa bersatu dalam naungan iman dan redha dari tuhan....

Anak-anak mama....

 









Intrapreneurship


While the latter indicator is the mindset and attitude of intrapreneurship. Intrapreneurship none other meanings are: entrepreneurial attitude, but in the capacity as an employee. Someone who has character and he will thus have the responsibility and responsiveness as business owners, although he employee. Apparently, character is what makes the company could face competition and overcome the crisis. "Because of its employee base has the same interests with stakeholders
other interests that want the company grows, "said Chairy. This can be understood due to the rapid advancement of the company then the employees will get a chance to develop and enhance the benefits received.

Intrapreneurship is also an activity in which an employee is studying to be an entrepreneur in his own company. Intrapreneurship here include the rise of new ideas which if implemented could provide advantages for the company. Thus, intrapreneurship is a strategy to stimulate innovation by utilizing the entrepreneurial talents better.

How do characteristics of employees who have the character of intrapreneurship? The first usually they were proactive. They are not a model employee who is only engaged when the governed, but they are always enthusiastic, high initiative and be creative. They are also very loyal to the company. Loyalty is a long term commitment to support, sacrifice, and a defense to the company. They are not only loyal when the good times, but even more obvious when the company faced tough times.

No less important for an intrapreneurship, they are very diligent. Persistence is important because it brings wisdom, and perseverance are also in there is always hope

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN...(Knowledge Sharing....)

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN...(Knowledge Sharing....)

Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan keusahawanan seperti Prinsip Akaun. Perdagangan, Pengajian Perniagaan. Kemahiran Hidup, Mata Pelajaran Vokasional, Ekonomi Asas. Ekonomi Rumah Tangga, dan sebagainya telah dibentuk. Manakala dan segi ko-kurikulum pula, aktiviti seperti Program Usahawan Muda, Pengusaha Muda Malaysia, Pengusaha Muda ESSO. Program Tunas Bistari dan Koperasi telah diadakan.

Dalam menuju e era globalisasi, rakyat Malaysia tidak hanya boleh bergantung kepada kerajaan untuk menyediakan pekerjaan. Budaya pekerjaan di Malaysia sekarang lebih mengarah kepada bekerja dengan pihak swasta atau bekerja sendiri. Oleh itu, setiap individu perlu bijak dalam merebut peluang terutamanya dalam bidang perniagaan.

KONSEP KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN
Menurut Hisrich dan Peter (1998). keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan ini dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ekuiti. masa, dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Keusahawanan adalah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil kira masa. usaha selain berhadapan dengan risiko kewangan. psikologi. dan sosial dalam proses memperoleh manfaat dan segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan. Manakala Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi. alam sekitar, dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan. pendidikan. dan perlembagaan. Keusahawanan juga merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan oleh seseorang yang mentafsirkan keadaan persekitaran. mengenal pasti peluang, menggunakan bahan-bahan. menjalankan idea-idea. membesarkan kekayaan dan menggalakkan kebajikan sosial. Pada amnya keusahawanan dapat dirumuskan sebagai perlakuan seorang usahawan yang berjaya menggunakan peluang serta sumber yang ada untuk mencapai matlamat peribadi seperti mengaut keuntungan daripada perniagaan yang dibina. Matlamat ini adalah untuk kebaikan dirinya sendiri untuk jangka masa yang panjang serta dapat membantu membangunkan ekonomi negara. Di dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. terdapat dua perkara asas iaitu:

(a) Fikiran yang waras dan kesihatan yang baik; serta
(b) Modal Kewangan.

Perkataan usahawan terhasil daripada perkataan “Entrepreneur’ yang berasal daripada Bahasa Peranchis — “Entreprendre” — yang bermaksud to undertake’ atau memikul (tugas) atau mencuba. Perkataan ini digunakan pada awalnya oleh Richard Cantillon sebagai agen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan ang dapat dipasarkan”. Waktu membel5. usahawan tidak pasti akan harga yang bakal terima. Di sini wujud unsur risiko dan spekulasi. Manakala Jean Baptiste Say pula telah meluaskan idea Cantillon dengan menafsirkan usahawan sebagai “organizer” firma perniagaan di mana usahawan memainkan peranan yang penting dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran. Usahawan semestinya seorang pemimpin yang berjaya mengatur pekerja-pekerjanya dalam penghasilan sesuatu produk.

Perkataan usahawan popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya pada pertengahan tahun 1970an. Usahawan timbul ketika penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru selepas tahun 1969. Pembangunan usahawan, terutama di kalangan peribumi. diakui penting dalam usaha mengimbangi struktur pencapaian ekonomi pelbagai bangsa. Selain kesan-kesan dan pengaruh persekitaran yang tidak boleh dikawal oleh manusia yang mungkin mengakibatkan ketidakseimbangan di antara sumber-sumber semula jadi can tenaga manusia. kelahiran usahawan terutamanya di kalangan kaum pendatang sering dikaitkan dengan keinginan mengembangkan kuasa politik atau pentadbiran mereka melalui penguasaan aktiviti-aktiviti ekonomi di sesuatu penempatan baru.

PERBEZAAN DI ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Walaupun perkataan peniaga adalah sinonim dengan usahawan, namun jika dikaji dengan lebih terperinci usahawan terdiri daripada para peniaga, tetapi bukan semua peniaga adalah” usahawan. Hal ini adalah kerana usahawan sentiasa ingin memajukan diri dan perniagaannya jika dibandingkan dengan seorang peniaga yang tidak menunjukkan kemahuan untuk berkembang dan mempelbagaikan kegiatannya.

Jadual 1.1 menunjukkan beberapa ciri perbezaan di antara usahawan dan peniaga.

Abad ke 18
Keusahawanan pada abad ini dapat dilihat dari sudut individu yang mempunyai modal dan dibezakan daripada individu yang memerlukan modal. Usahawan dibezakan daripada pemberi modal (venture capitalist). Pemberi modal ini merujuk kepada pengurus kewangan profesional yang membuat pelaburan berisiko dan modal ekuiti bagi mendapatkan kadar pulangan yang lebih tinggi. Namun terdapat dan perbezaan di antara pemberi modal dan konsep keusahawanan dalam sektor perindustrian yang berkembang di seluruh dunia.

(a) Perkembangan sektor perindustrian telah menuntut usahawan agar berusaha bagi merebut peluang demi kemajuan diri dan negara.
(b) Dan segi pembentukan rekaan hasil reaksi kepada dunia yang terus-menerus mengalami perubahan. Setiap perubahan yang berlaku mendorong individu untuk mereka bentuk produk yang lebih baik dan berkesan.

(e) Pertengahan Abad Ke-20
Pada pertengahan abad ini usahawan telah dianggap sebagai agen yang membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk, proses atau sistem yang baru. Konsep perubahan merupakan salah satu faktor penting dalam bidang keusahawanan. Inovasi memperkenalkan sesuatu yang baru dan merupakan suatu yang sukar dalam bidang keusahawanan. Inovasi bukan sahaja memerlukan keupayaan untuk mencipta sesuatu yang baharu tetapi memastikan inovasi itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini kerana usahawan yang akan memulakan sesuatu yang baharu untuk diperkenalkan kepada masyarakat. Selain itu, usahawan juga berkeupayaan untuk memenuhi semua kehendak dan keperluan masyarakat. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan produk baru, sistem pengagihan baharu dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baru. Keupayaan untuk membuat inovasi merupakan satu kelebihan yang dimiliki oleh usahawan yang akan membezakan mereka daripada orang lain yang bukan usahawan. Keupayaan untuk mereka cipta dilihat seperti terbinanya piramid daripada ketulan batu di Mesir dan sebagainya.

(f) Senario Keusahawanan Pada Abad Ke-21
Kompleksiti dan kepelbagaian merupakan satu isu yang akan mencabar kebolehan usahawan mengurus perniagaan menjelang abad in Terdapat dua sebab utama:
(a) Usahawan perlu mengurus heterogeneity tenaga kerja yang semakin meningkat: dan
(b) Tenaga kerja yang pelbagai mempunyai kelebihan kompetitif yang berpotensi untuk diperkembangkan.

Tenaga kerja yang pelbagai dengan latar belakang budaya yang berbeza akan mempengaruhi usahawan dalam mengurus perniagaan. Pengurusan budaya dan isu-isu yang berkaitan dengannya akan mempengaruhi corak pengurusan, pembangunan personaliti, gaya kepimpinan, dan pendekatan dalam komunikasi. Oleh itu, dalam sebuah perniagaan yang bersifat global, usahawan perlu mengambil kira isu-isu yang timbul hasil daripada kepelbagaian yang pasti mempengaruhi keberkesanan aktiviti keusahawanan yang dijalankan.

Keusahawanan pada abad ini sudah semestinya akan lebih mencabar akibat kecanggihan teknologi. Persaingan akan menjadi lebih sengit manakala masalah dan tuntutan pekerja juga lebih kompleks. Para pekerja akan bersikap lebih mendesak dan sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah, mengadu kepada kesatuan atau mungkin meletak jawatan dan menyertai syarikat pesaing. Hal ini adalah kerana mobiliti pekerja adalah lebih fleksibel dan kebolehcapaian maklumat yang lebih cepat dan terkini.

Usahawan abad ini banyak mencipta produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi risiko yang tinggi. Menurut Kuratko dan Hodgetts (1996), usahawan merupakan perintis atau pelopor dalam mencipta perniagaan baharu.

PERBEZAAN PENGURUSAN PERNIAGAAN ABAD KE-21 DENGAN ABAD KE-20
Perbezaan pengurusan perniagaan pada kedua-dua abad ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu:
(a) Pengaruh persekitaran perniagaan;
(b) Pengaruh persaingar1 dan
(c) Pengaruh teknologi.

2.2.1 Pengaruh persekitaran perniagaan
Aspek persekitaran memberi pengaruh yang signifikan terhadap bidang keusahawanan. Persekitaran perniagaan pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Pengaruh Dalaman
Aspek persekitaran dalaman membawa maksud kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pengurusan dalam sesebuah syarikat. Aspek ini lebih menumpukan kepada kepentingan individu. Usahawan pada abad ke-20 tidak mudah meletakkan tanggungjawab kepada pekerja. Majikan mempunyai tanggapan yang rendah akan kebolehan para pekerja mereka. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku pada abad ke-21. Majikan lebih mempercayai kebolehan dan meletakkan tanggungjawab yang tinggi terhadap pekerja mereka. Pada masa yang sama, usahawan perlu bersedia untuk membangunkan keusahawanan dalaman atau korporat (intrapreneurship) di kalangan pekerja yang mempunyai kemampuan dan yang bersedia untuk bekerja secara berdikari.

(b) Pengaruh Luaran
Aspek persekitaran luaran pula membawa maksud segala kegiatan yang melibatkan faktor-faktor luaran seperti faktor persaingan. polisi kerajaan, hubungan antara organisasi perniagaan, dan hubungan dengan pelanggan. Pengaruh luaran pada abad ke-20 dan ke-21 adalah tidak sama. Faktor-faktor luaran ini berubah dan menjadi semakin kompleks. Sebagai contoh, dan segi hubungan di antara syarikat perniagaan dengan pelanggan, pada abad ke-21 hubungan ini lebih bertindak sebagai sumber penyampaian maklumat, sekutu yang strategik dan saling melengkapi antara satu sama lain.

2.2.2 Pengaruh persaingan
Liberalisasi dan globalisasi dalam dunia perniagaan akan mendedahkan syarikat kepada persaingan global yang lebih sengit. Komunikasi yang berkesan, peningkatan kemudahan pengangkutan dan perniagaan bebas yang dibenarkan di sesebuah negara membolehkan perniagaan dibawa ke seluruh dunia untuk bersaing. Kelebihan kompetitif akan menentukan kelangsungan syarikat. Persekitaran ini akan lebih rumit apabila terdapatnya perbezaan dan segi bahasa dan budaya dalam sesebuah negara. Oleh itu usahawan pada abad ke-21 perlu bersedia untuk menangani masalah-masalah di luar jangkaan dan kepelbagaian ketidakpastian yang bakal dihadapi.

2.2.3 ) Pengaruh teknologi
Kemajuan dan perubahan dalam teknologi komunikasi dan komputer amat ketara pada masa kini. Peningkatan dalam penggunaan mikro komputer, komunikasi data, imej dan grafik adalah antara contoh-contoh yang dapat diperkatakan. Perubahan ini akan memberi kesan yang pelbagai dan segi teknologi dan sinergi. Perubahan teknologi pada abad ke-20 mungkin tidak secanggih perubahan teknologi pada abad ke-21. Oleh itu, para usahawan perlu peka dan dapat menyediakan diri mereka dengan pengetahuan yang secukupnya bagi membolehkan mereka memanfaatkan kemajuan teknologi yang berterusan ini.

CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI OLEH USAHAWAN DI ABAD KE-21
Keusahawanan akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan don kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan. Antara cabaran yang akan memberi pengaruh yang signifikan kepada usahawan adalah seperti yang berikut:

(a) Kepelbagaian Tenaga Kerja
Tenaga kerja dalam perniagaan hari ini adalah lebih heterogen dan pelbagai dan segi jantina, bangsa, etnik, dan budaya. Terdapat juga tenaga kerja yang telah berumur dan yang tidak sempurna sifat. Akibatnya, usahawan perlu menyesuaikan aktiviti, struktur dan jangkaan kumpulan serta individu dengan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang keluarga. keperluan, budaya, dan harapan yang berlainan. Mengenal pasti dan menghormati perbezaan-perbezaan ini akan menjamin pekerja untuk kekal dalam sesebuah syarikat. Usahawan oleh mengiktiraf perbezaan yang wujud dan pada masa yang sama mengambil faedah dengan mencungkil setiap potensi yang ada hasil daripada perbezaan ini untuk kebaikan syarikat.

(b) Kesetiaan Pekerja yang Menurun
Persaingan secara global mendesak usahawan untuk menyingkirkan polisi tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan faktor pengeluaran yang lain. Jika pekerja merasakan mereka tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap perniagaan dan syarikat akan menurun. Hal ini adalah kerana pekerja hari ini mempunyai pelbagai jenis pilihan pekerjaan terutama di kalangan pekerja-pekerja yang berilmu atau pun “knowledge workers’.

(c) Kekangan Tenaga Buruh
Penurunan dalam kadar kesuburan seluruh dunia terutamanya di negara-negara perindustrian menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh. Usahawan terpaksa mengambil tenaga buruh di kalangan wanita dan mereka yang relah pencen. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan permintaan terhadap mereka meningkat dan seterusnya meningkatkan kos pembayaran gaji, elaun. insurans. dan lain-lain faedah tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat.

(d) Kekurangan Pekerja yang Berkemahiran
Kebanyakan pekerja dalam pasaran didapati kekurangan kemahiran ikhtisas yang dikehendaki oleh majikan. Oleh itu majikan terpaksa memberi latihan terlebih dahulu sebaik sahaja mereka ini diterima bekerja.

(e) Peningkatan Kualiti yang Berterusan
Usahawan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Oleh itu. usahawan harus mengutamakan kepuasan pelanggan melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat memenuhi cita rasa semasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pasaran.

(f) Peningkatan Kemahiran Di Kalangan Pekerja
Usahawan perlu sedar betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki pekerja kepada perniagaan. Perniagaan akan sukar berkembang tanpa peningkatan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Memandangkan kepesatan perkembangan teknologi hari ini. majikan harus mengemaskinikan kemahiran. Kepakaran dan kebolehan pekerja untuk menghadapi cabaran pesaing agar memiliki kelebihan yang kompetitif.

(g) Gerak Balas Terhadap Globalisasi
Perniagaan hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan fizikal yang trhad. Ada tenaga kerja yang akan ditugaskan ke luar negara. Mereka perlu didedahkan kepada perbezaan keperluan, aspirasi. sikap, budaya, dan personaliti yang bakal dihadapi apabila berada di negara berkenaan. Pada masa yang sama, terdapat pekerja asing yang akan diambil bekerja oleh usahawan. Adalah menjadi tanggungjawab usahawan untuk menangani pengaruh globalisasi dengan menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan hormat-menghormati untuk kebaikan bersama.

(h) Memperkasakan Pekerja
Kejayaan perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka pen. melibatkan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dar pemudahcara. Oleh itu, kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengar penjadualan masa bertugas, prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat.

(i) Menggalakkan Perubahan Dan Inovasi
Usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu lebih fleksibel dan menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Usahawan juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.

(j) Kesementaraan
Usahawan dan keusahawanan sentiasa terdedah kepada perubahan. Perubahan merupakan kemestian dalam perniagaan. Pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tertakluk kepada perubahan. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki hari ini akan usang pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja. Usahawan juga hendaklah bersedia merubah teknologi pengeluaran dan struktur perniagaan. Pada masa yang sama, mereka hendaklah melakukan pemindahan paradigma sama ada di kalangan pekerja atau din mereka sendiri dengan membebaskan diri daripada ikatan status quo, bangga dengan kejayaan lalu, dan selesa dengan pencapaian semasa.

Seterusnya jika pada masa lalu pekerja merasakan selamat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. tetapi mungkin tidak pada masa kini. Mereka dicabar oleh pekerja yang lebih mahir, pengecilan perniagaan dan kejenteraan semula syarikat. Keadaan ini menyebabkan usahawan perlu bersikap lebih fleksibel, spontan dan peka terhadap perkara-perkara di luar ramalan yang mungkin berlaku.

(k) Membangunkan Perilaku Beretika
Dalam keghairahan untuk meningkatkan produktiviti. persaingan dan penurunan kos pengeluaran, usahawan mungkin terdedah ke arah mengeksploitasi pekerja, tidak mematuhi undang-undang dan melakukan amalan-amalan di luar batasan moral. Usahawan gagal mendefinisikan perilaku yang betul dan yang salah. Usahawan terpaksa berhadapan di antara penumpuan kepada kebajikan “konstituen” dengan penumpuan kepada keuntungan perniagaan. Mereka juga menghadapi dilema ‘promoter’, dilema ‘innovator dan dilema “relational”. Suasana ni memerlukan usahawan untuk membina garis pemisah di antara yang hak dan yang batil dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan diambil.

USAHAWAN DAN STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi. usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan. Antara strategi yang sepatutnya dilakukan oleh usahawan adalah:

(a) Strategi Sejagat
Usahawan perlu memahami perubahan pasaran dunia dengan berfikiran secara sejagat. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikan peluang-peluang itu. Mereka perlu menguasai persekitaran perniagaan secara strategik dengan memastikan mendahului strategi yang diambil oleh pesaing mereka.

(b) Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk. pembungkusan, pemasaran dan penumpuan kepada kualiti. N4ereka harus mementingkan fungsi teknologi makiumat untuk bersaing dalam perniagaan.

(c) Mengutamakan Jaringan
Mereka hendaklah juga perlu tahu bagaimana hendak mengurangkan lapisan prosedur dan segala bentuk birokrasi. Usahawan perlu mempunyai kemahiran untuk membina jambatan atau jaringan dengan tokoh-tokoh utama dan kalangan pelbagai I atar belakang dalam perniagaan untuk mewujudkan kerjasama dan memastikan mereka sentiasa berada dalam situasi menang-menang atau win-win situation”. Mereka perlu ingat bahawa dalam dunia keusahawanan ini bukannya apa yang diketahui oleh usahawan yang akan menentukan kejayaan mereka tetapi siapa yang mereka Renal mempunyai pengaruh yang lebih signifikan terhadap perniagaan mereka.

(d) Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pendorong
Usahawan pada masa depan juga perlu mengetahui kedinamikan kumpulan dan sensitif terhadap keperluan mereka. Mereka harus berkebolehan untuk membimbing, mendorong, menasihati dan tahu bila (when), apa (what) dan bagaimana (how) untuk memberi arahan kepada pasukan kerja dan individu agar mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengetahui kepentingan teknik pengurusan secara penglibatan bersama selain membangunkan pasukan pengurusan kendiri.

(e) Kepakaran Berkomunikasi
Usahawan Juga berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Pada masa yang sama. mereka juga perlu berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap di antara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.

KEUSAHAWANAN KORPORAT
Objektif
Selepas membaca bab ni, para pelajar akan memahami perkara-perkara yang berikut:
• Definisi usahawan korporat;
• Perbandingan di antara usahawan korporat dengan usahawan;
• Keperluan usahawan korporat;
• Kepentingan bagi seorang usahawan untuk membangunkan usahawan korporat;
• Model proses pembangunan usahawan korporat;
• Strategi untuk membangunkan usahawan korporat;
• Masalah yang dihadapi dalam membangunkan usahawan korporat.

PENGENALAN
Perkembangan pesat ekonomi global menuntut syarikat-syarikat korporat melakukan perubahan dalaman agar dapat menyesuaikan organisasi mereka dengan persekitaran luaran. Inovasi yang berterusan dan segi produk. proses. dan struktur pentadbiran membolehkan syarikat lebih berdaya saing dalam konteks persaingan dan percaturan perniagaan antarabangsa. Dalam satu perhimpunan pada tahun 2006. Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengutarakan istilah baru iaitu ‘Glokal” yang merujuk kepada usaha melahirkan usahawan Malaysia terutamanya bumiputera yang mempunyai gaya dan nilai pengurusan Malaysia tetapi dapat bersaing di arena antarabangsa. Hasrat untuk melahirkan syarikat yang berinovatif dan berdaya saing akan hanya dapat dicapai melalui pembentukan usahawan dalaman atau usahawan korporat.

Keusahawanan dalaman atau korporat ialah aktiviti secara formal atau bukan formal di dalam sesebuah organisasi yang sudah lama bertapak bagi mewujudkan perniagaan baru sama ada melalui inovasi proses. produk, atau pembangunan pasaran baru. Lazimnya aktiviti ini dilakukan oleh pekerja yang sering mahukan kebebasan, dan bersedia untuk berusaha dengan titik peluh mereka sendiri, berani mengambil risiko, bebas dalam membuat keputusan, dan bersedia untuk menggunakan kreativiti dan inovasi sendiri. Apa yang penting bagi syarikat ini ialah bagaimana hendak memanfaatkan perniagaan yang memiliki ciri-ciri berkenaan dengan mewujudkan hubungan strategik untuk mengelakkan mereka daripada menjadi pesaing pada masa hadapan. Dengan membangunkan usahawan korporat juga akan membantu syarikat memperluaskan lagi perniagaannya selain mencungkil bakat-bakat baru serta mengetengahkan daya kreativiti usahawan-usahawan dalaman atau korporat ini.

DEFINISI USAHAWAN KORPORAT
Usahawan dalaman atau korporat ialah individu yang memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan lazimnya yang bekerja dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Mereka merupakan “dreamer’ iaitu bersedia memikul tanggungjawab yang lebih bagi mencipta inovasi baru dalam syarikat. Usahawan korporat mungkin merupakan seorang pencipta atau pereka cipta, tetapi yang lebih utama mereka merupakan kumpulan pekerja yang mencari jalan untuk menukar sesuatu idea menjadi satu realiti yang jika diurus dengan baik akan menguntungkan syarikat. Menurut Michael H. Morris dan Donald F. Kuratko (2002), usahawan korporat ialah seorang yang berorientasikan tindakan dan matlamat. akan melakukan apa saja dengan pantas bagi mencapai matlamat. berdedikasi, komited, inovatif dan kreatif. serta seorang pemikir. pelaksana, perancang, dan pekerja kepada syarikat atau organisasi yang melantik mereka.

PERBANDINGAN ANTARA USAHAWAN KORPORAT DENGAN USAHAWAN
Terdapat beberapa perbezaan antara usahawan korporat dengan usahawan seperti yang tersenarai di bawah ini:

(a) Dan segi kemahiran dan pengalaman
Kedua-dua pihak mempunyai kemahiran yang sama. Yang berbeza adalah dan segi tahap penggunaan segala kemahiran. Usahawan lebih bebas dalam mengeksploitasikan kemahiran berbanding dengan usahawan korporat yang terikat dengan polisi dan prosedur syarikat.

(b) Dan segi persekitaran
Usahawan berhadapan dengan persekitaran mikro dan makro
seperti pekerja kerajaan. pesaing, dan lain-lain. Bagi usahawan korporat pula menghadapi persekitaran yang sama dengan usahawan cuma ditambah dengan persekitaran korporat. Selalunya setiap syarikat mempunyai budayanya yang tersendiri. Usahawan korporat acan terpaksa menghadapi dan mengadaptasikan budaya syarikat di mana mereka berada.

(c) Dan segi perolehan sumber
Dan segi perolehan sumber, usahawan boleh mendapatkan segala sumber daripada pihak yang pelbagai seperti institusi kewangan. pelabur, dan lain-lain. Berbeza dengan usahawan korporat yang hanya terikat kepada sumber-sumber yang disediakan oleh syarikat sahaja.

(d) Dan segi kegagalan dan kesilapan
Bagi usahawan. segala kesilapan akan ditanggung sendiri oleh syarikat. Kesilapan juga akan mudah diketahui umum terutama di kalangan pelabur dan lain-lain, Usahawan korporat pula boleh berselindung di sebalik nama syarikat apabila melakukan kesilapan. Kedua dua belajar dan kesilapan yang dilakukan.

(e) Dan segi pembuatan keputusan
Terdapat perbezaan dalam pembuatan keputusan di antara kedua-duanya. Bagi usahawan mereka boleh membuat keputusan tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Usahawan korporat pula terikat dengan struktur hierarki syarikat dalam membuat keputusan. Segala keputusan akan dirujuk kepada pengurusan atasan terlebih dahulu.

(f) Dan segi penerimaan risiko
Terdapat perbezaan di dalam pengambilan dan penerimaan risiko antara kedua dua pihak. Usahawan menerima risiko yang sederhana dan pada masa yang sama, mengutamakan reputasi syarikat. Begitu juga dengan usahawan korporat yang juga menerima risiko yang sederhana dan meletakkan kerjaya dan tugas sebagai cagaran.

(g) Dan segi sikap kepada status
Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pihak dan segi sikap terhadap status. Usahawan menganggap simbol syarikat adalah paling bernilai dan amat bermakna. Bagi usahawan korporat mereka akan bermati-matian bekerja untuk syarikat tetapi bersedia mengorbankan status demi mencapai kejayaan yang diharapkan.

KENAPA PERLUNYA USAHAWAN KORPORAT
Terdapat empat faktor utama kenapa perlunya usahawan korporat atau dalaman kepada sesebuah syarikat iaitu:

(a) Kerana persekitaran makro dan perubahan pasaran yang lebih cepat berbanding birokrasi dalam syarikat. Pendekatan ini akan membantu syarikat untuk mengadaptasikan persekitaran perniagaan yang dinamik lagi mencabar.

(b) Melalui pembinaan usahawan korporat, membolehkan syarikat untuk mempelbagaikan perniagaan tanpa mempunyai banyak jenis perniagaan dan keluaran menerusi proses dalaman. Syarikat tidak perlu bergabung dengan syarikat lain kerana tindakan sedemikian mendatangkan risiko yang lebih tinggi.

(c) Melalui usahawan korporat, membolehkan syarikat untuk memperluaskan pasaran. Hal ini kerana usahawan korporat merupakan individu yang tidak takut untuk mengambil risiko.

(d) Membolehkan syarikat terus mendapat faedah daripada kepakaran yang dimiliki oleh pekerja syarikat. Jika tidak, pekerja berkenaan akan membuka syarikat sendiri yang mungkin menjadi pesaing kepada usahawan pada masa hadapan.

KEPENTINGAN UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN KORPORAT
Selaras dengan dunia perniagaan yang dinamik, adalah penting bagi pemilik syarikat untuk membangunkan usahawan korporat bagi membantunya dalam pengurusan perniagaan. Beberapa kepentingan yang telah dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

(a) Menolong mengintegrasikan aktiviti-aktiviti sekunder supaya tidak berkait secara langsung dengan misi syarikat.
Syarikat boleh menjustifikasikan bahagian yang kurang penting atau tidak menguntungkan dengan menyerah kepada pihak lain yang memiliki kemahiran untuk melaksanakannya. Dalam konteks ini, syarikat boleh menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada individu dalam syarikat yang mempunyai kemahiran, minat, dan bersedia memberi sepenuh perhatian terhadap tugas-tugas berkenaan.

(b) Menolong memendekkan masa tindak balas
Perancangan komprehensif dan perancangan strategi memakan masa yang panjang. Hal ini menyebabkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti berkenaan mengambil masa yang panjang dan mungkin mengakibatkan kehilangan inisiatif, dorongan dan keupayaan untuk bertindak terhadap perancangan yang telah dibuat. Dalam situasi ini, keusahawanan korporat dapat memendekkan masa bertindak balas. Misalnya, usahawan korporat yang dibentuk dapat memberi perkhidmatan dengan lebih cepat serta bertindak dengan segera terhadap perancangan. Hal ini dapat memendekkan masa bertindak balas kerana usahawan korporat bukan merupakan sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses perancangan yang melibatkan banyak perkara, dan transaksi yang lebih kompleks.

(c) Mengelakkan berlakunya kecenderungan untuk bertolak ansur daripada menerima penyelesaian yang dianggap terbaik
Sistem perancangan merupakan sistem yang sering dipengaruhi oleh politik dalaman bagi sesebuah organisasi. Jika individu yang terlibat dalam perbahasan dan pertikaian mengenai sesuatu isu telah meluat atau “fed up”, maka dia lebih cenderung tidak akan membazirkan masa, tenaga dan komitmen dengan mengambil tindakan untuk bersetuju. Hal ini bermakna pekerja berkenaan akan lebih berminat untuk berkompromi dengan isu-isu yang dianggap tidak utama. Mereka tidak mahu melalui proses perbahasan yang meleret-leret dengan mengambil tindakan bersedia untuk berkompromi. Oleh itu. usahawan korporat adalah perlu bagi mengurangkan sikap hanya bersetuju dan berkompromi dalam sesuatu perkara.

(d) Membantu syarikat untuk mengadaptasi dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar
Perubahan persekitaran makro dan pasaran yang dinamik mengancam amalan birokrasi dalam syarikat. Di bawah situasi ini, keusahawanan korporat memainkan peranan penting kerana keusahawanan korporat berkait rapat dengan penerokaan dalam syarikat yang sedang membangun dan berkembang.
Sikap usahawan korporat yang sedia bersaing. berwawasan. sering mencungkil sebarang peluang dan inovasi yang wujud. serta sentiasa memfokuskan terhadap keputusan atau hasil yang terbentuk agar dapat memelihara dan menjamin kedudukan syarikat di dalam pasaran melalui peningkatan produktiviti dan kualiti.

(e) Membolehkan syarikat mempelbagaikan perniagaannya
Usahawan korporat dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti yang inovatif dan meminimumkan kesan terhadap struktur syarikat. Kekuatan inovasi yang dimiliki membolehkan sesuatu produk dihasilkan dengan jayanya. Syarikat yang mengamalkan keusahawanan korporat akan mempraktikkan kemahiran pengurusan yang lebih efektif, melaksanakan gaya kepimpinan yang dapat mengelakkan daripada ikatan birokrasi dan membentuk iklim inovatif di dalam syarikat. Secara tidak langsung, syarikat dapat meningkatkan daya persaingannya menerusi inovasi dan pembaikan berterusan terhadap produk yang dikeluarkan.

(f) Memberi peluang kepada syarikat untuk membuat percubaan pasaran
Kesediaan membuat percubaan pasaran adalah merupakan sifat semula jadi usahawan korporat iaitu sanggup mengambil dan berhadapan dengan risiko. Di samping itu, syarikat yang mengamalkan keusahawanan korporat sentiasa memberi tumpuan kepada hasil melalui kerja berpasukan, memberi ganjaran terhadap inovasi baharu. bersedia mengambil risiko, bersikap toleransi, dan belajar daripada kesalahan serta berorientasikan perubahan.

MODEL PROSES PEMBANGUNAN USAHAWAN KORPORAT
Model ini akan melalui lima tahap:
(a) Mendefinisikan masalah
Peluang-peluang perniagaan mungkin wujud daripada sumber-sumber dalaman syarikat ataupun industri. Untuk mengenal pasti peluang-peluang ink usahawan korporat perlu lebih sensitif kepada sebarang perubahan dan bersikap terbuka terhadap sesuatu yang di luar daripada kebiasaan. Salah satu sumber idea usahawan korporat adalah datangnya daripada sesuatu peristiwa atau kegagalan yang berlaku di luar dugaan. Peristiwa yang berlaku atau kegagalan yang dialami menjurus mereka untuk mempersoalkan atau mencabar kebiasaan dengan mengemukakan persoalan it’s the way things are done?

(b) Membangunkan sekutu
Usahawan korporat perlu membina hubungan yang baik dalam birokrasi syarikat bagi memperoleh bantuan untuk pelaksanaan projek atau produk baru terutama pada peringkat permulaan operasi. Oleh itu, usahawan korporat akan mencari rakan kongsi dan pembekal-pembekal yang bersedia untuk membantu mereka. Idea-idea kreatif yang dikemukakan boleh menarik minat pihak-pihak berkenaan untuk turut terlibat dalam aktiviti yang telah dikenal pasti selaras dengan matlamat syarikat. Selain meyakinkan pelbagai pihak untuk turut serta, rancangan perniagaan yang mantap juga akan dapat membantu mereka mendapatkan sokongan sumber.

Terdapat beberapa perbezaan di antara rancangan perniagaan yang disediakan oleh usahawan korporat dengan usahawan:
1. Bagi usahawan korporat tiada bahagian hak milik yang menerangkan tentang pembahagian syer dan sebagainya. Hal ini kerana syarikat memiliki sega1a-galanya.
2. Usahawan korporat tidak mencari sumber kewangan luaran untuk memenuhi keperluan pembiayaan dalaman dan
3. Aktiviti keusahawanan korporat memerlukan bahagian yang menerangkan perhubungan di antara strategi operasi, kewangan dan pemasaran syarikat dengan pelaburan.

(c) Pengagihan sumber
Usahawan korporat berusaha mendapatkan sumber-sumber sama ada berbentuk fizikal, teknologi. kewangan sumber manusia. dan reputasi seperti yang diperlukan oleh usahawan-usahawan lain. Untuk memastikan kejayaan pelaburan perniagaan dalaman sumber-sumber ini perlulah mempunyai ciri-ciri yang sukar ditemui. bernilai. tidak boleh ditiru dan tiada pengganti. Pada peringkat awal. sumber mungkin boleh dipinjam daripada bahagian lain dalam syarikat tetapi setelah syarikat meningkat maju. pengagihan yang tetap perlu disediakan bagi memastikan kelicinan operasinya.

(d) Pelaksanaan projek
Terdapat persamaan di antara pelaksanaan projek dengan pelancaran projek baru (new project venture). Terdapat pengurus dan pelbagai jabatan dan pelbagai pengalaman yang akan bekerjasama untuk memastikan kejayaan pelaksanaan dan pelancaran projek. Mereka akan sama-sama membangunkan strategi dan menilai persekitaran industri.

(e) Projek siap dilaksanakan
Jika projek ini gagal. segala keperluan projek akan diserapkan kembali Re dalarr, syarikat untuk kegunaan lain. Jika perlu, pengurus boleh menjual aset projek tersebut kepada syarikat lain atau kepada sesiapa yang berminat. Jika projek mencapai kejayaan, syarikat perlu bersedia memperuntukkan ganjaran yang setimpal atas segala usaha yang telah diberikan oleh pasukan kerja berkenaan.

STRATEGI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN KORPORAT
Usahawan korporat merupakan salah satu penyelesaian kepada syarikat yang beroperasi dalam dunia yang penuh dengan persaingan. Bagi membolehkan syarikat terus kekal dan berkembang, strategi-strategi berikut perlu dilaksanakan untuk membangunkan usahawan korporat.

(a) Syarikat perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan aktiviti-aktiviti keusahawanan korporat
Faktor-faktor seperti sokongan daripada pihak pengurusan atasan, penyediaan insentif. struktur syarikat yang lebih fleksibel. penyediaan sumber-sumber. dan sikap toleransi Re atas pengambilan risiko perlu diberi keutamaan.

(b) Elak daripada halangan birokrasi yang keterlaluan
Sistem birokrasi yang keterlaluan di samping ketiadaan sokongan daripada pengurusan atasan merupakan sekatan kepada pembangunan inovasi dan pemberian insentif yang menggalakkan. Oleh itu. syarikat perlu bersedia membuat penstrukturan semula bagi melahirkan persekitaran yang menggalakkan aktiviti-aktiviti inovasi dan kreativiti. Dalam perkataan yang lain, syarikat perlu bersedia mengamalkan desentralisasi dan mengadakan program memperkasakan pekerja untuk menggalakkan pembangunan usahawan korporat.

(c) Mewujudkan sistem kawalan syarikat yang berkesan
Sistem kawalan yang wujud dalam syarikat perlu diperjelaskan agar dapat mewujudkan sistem pelaporan yang seimbang lagi berkesan. Melalui tahap kepercayaan yang tinggi akan mewujudkan amalan komunikasi terbuka dua hala yang bersifat lebih terbuka dalam syarikat. Dengan sistem kawalan yang sedemikian akan membangkitkan perasaan saling percaya-mempercayai di antara pelbagai pihak yang terlibat dalam program keusahawanan korporat.

(d) Menyediakan program latihan kepada ahli-ahli syarikat untuk membangunkan usahawan korporat
Oleh kerana ciri-ciri usahawan dibentuk dan bukannya dilahirkan secara semula jadi, maka program latihan perlu disediakan oleh syarikat untuk membangunkan usahawan korporat. Program latihan boleh dilaksanakan dengan memperkenalkan konsep dan mendefinisikan dengan jelas kepentingan keusahawanan korporat kepada syarikat dengan memberi tumpuan kepada faedah yang bakal diperoleh oleh syarikat dan juga kumpulan pekerja yang terlibat. Tujuan utama program ini adalah untuk mendidik pekerja dan pengurus tentang proses-proses dalam keusahawanan korporat supaya mereka dapat menerima tanpa prejudis.

Program latihan boleh dilakukan melalui kaedah syarahan. perbincangan, kajian kes, tayangan pita video. projek pembangunan kumpulan, penilaian individu dan persembahan peserta. Dalam program latihan pembangunan usahawan korporat. peserta boleh mengetahui peluang-peluang dan juga kekangan-kekangan yang akan dihadapi apabila menceburi program keusahawanan korporat. Dalam program latihan, peserta perlu diberi galakan untuk meluahkan pandangan secara terbuka. Peserta perlu diberi kesempatan untuk menilai kreativiti sendiri dan mewujudkan program jangka panjang bagi membolehkan mereka untuk mempertingkatkan kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

(e) Budaya syarikat
Pekerja yang terlibat dalam program keusahawanan korporat perlu bersedia untuk memahami budaya yang diamalkan dalam syarikat seperti kesediaan untuk mengambil risiko dan bertoleransi terhadap kesilapan. Orientasi budaya yang diamalkan oleh syarikat boleh mendatangkan dua kesan utama: sama ada menggalakkan atau menyekat penghasilan idea baharu yang merupakan ciri penting dalam pembangunan usahawan korporat.

(f) Peranan kerajaan dalam membuka peluang untuk membangunkan usahawan korporat
Kerajaan telah memberi sokongan kepada pembentukan usahawan korporat. Antaranya ialah suatu skim latihan keusahawanan telah diwujudkan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUn) bagi melatih pekerja-pekerja yang hampir bersara supaya mereka lebih bersedia menjadi usahawan kelak. Sekurang-kurangnya, melalui latihan ini mereka lebih berani mengemukakan idea-idea baru kepada organisasi yang masih menjadi majikan mereka. Selain itu, banyak kursus dan seminar telah dan sedang diadakan oleh jabatan-jabatan kerajaan bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovatif para pekerja. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan program keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan universiti, satu program jangka panjang perlu dibangunkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan di kalangan guru atau pensyarah. Dengan adanya program yang sedemikian akan membantu negara untuk membangunkan usahawan yang gigih pada masa hadapan.

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN KORPORAT
Antara masalah yang telah dikenal pasti ialah:

(a) Diaplikasikan kepada syarikat besar berbanding dengan syarikat kecil
Hanya melibatkan syarikat besar yang mempunyai tahap jualan yang tinggi serta mampu membuat segmen terhadap pelanggan dan produk ang akan dikeluarkan. Melalui segmentation ini memungkinkan syarikat menyerah sebahagian produk atau pelanggan untuk diurus oleh sekumpulan pekerja yang mempunyai minat dan kepakaran yang tinggi dalam bidang berkenaan untuk melaksanakan secara bersendirian. Syarikat-syarikat kecil sukar untuk mempraktikkan amalan ini kerana tidak terdapatnya pengkhususan dalam menjalankan tugas. Namun mereka mungkin boleh melaksanakannya melalui pembudayaan keusahawanan.

(b) Diaplikasikan kepada aktiviti-aktiviti sekunder strategik
Hal ini adalah kerana tujuan perancangan strategik adalah untuk memasukkan aktiviti strategik ke dalam proses perancangan strategik. Adalah tidak munasabah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bukan utama dalam pasaran dalaman. Oleh itu, hanya aktiviti-aktiviti sekunder yang bukan merupakan satu keutamaan syarikat dalam proses perancangan strategik yang akan dilaksanakan oleh usahawan korporat.

(c) Diaplikasikan ke atas persekitaran yang dinamik
Melalui pembangunan usahawan korporat membolehkan usahawan bertindak secara fleksibel dan inovatif apabila berhadapan dengan persekitaran perniagaan yang dinamik atau sering berubah Sebaliknya, jika syarikat beroperasi dalam persekitaran yang stabil pengaplikasian keusahawanan tidak perlu dilaksanakan

(d) Kesukaran dalam menyampaikan hasrat kepada syarikat di mana pekerja berada
Usahawan korporat sentiasa peka terhadap perubahan dalam persekitaran perniagaan. Mereka sentiasa bertindak secara proaktif serta mempunyai wawasan jangka panjang. Adakalanya wawasan mereka sukar difahami oleh pihak pengurusan kerana mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi atau sukar untuk dipraktikkan. Di samping itu, terdapatnya keadaan di mana hasrat dan tindak tanduk mereka boleh mencabar autoriti pengurusan atasan. Oleh itu. kadangkala usahawan korporat dilihat sebagai pengganggu kepada keselesaan dan status yang diamalkan di dalam syarikat. Apa yang usahawan korporat inginkan adalah sokongan dari segi sumber dan moral untuk menjadikan impian mereka sebagai satu kenyataan.

(e) Dihalang oleh lapisan hierarki dalam syarikat
Dalam syarikat besar, mungkin akan wujud birokrasi korporat yang mengutamakan peraturan dan prosedur yang boleh menghalang perkembangan inovasi dan kesediaan untuk mengambil risiko. Selain itu. budaya syarikat yang tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan kesilapan menyebabkan individu dalam syarikat tidak bersedia membuat perubahan atau menghadapi ketidakpastian, Mereka perlu meyakinkan pengurusan atasan untuk mendapatkan penajaan bagi membolehkan mereka melaksanakan perubahan atau inovasi.

(f) Ketiadaan sistem ganjaran yang fleksibel dan sokongan penyelidikan
Untuk membangunkan usahawan korporat, sistem ganjaran yang fleksibel perlu disediakan bagi membuktikan sokongan dan pengiktirafan syarikat terhadap segala usaha yang telan dicurahkan oleh pasukan kerja usahawan korporat. Melalui ganjaran yang fleksibel akan meningkatkan dorongan mereka untuk terus membuat perubahan yang akan membolehkan syarikat mendapatkan faedah daripadanya. Di samping itu, syarikat perlu bersedia untuk menyediakan sejumlah peruntukan bagi membolehkan penyelidikan dilakukan oleh usahawan korporat.

KESIMPU LAN
Usahawan korporat atau usahawan dalaman merupakan individu yang penting bagi mempertingkatkan pencapaian dan prestasi sesebuah organisasi. Dengan ciri—ciri keusahawanan yang dimiliki, mereka sentiasa mencuba untuk menukar sesuatu idea kepada satu realiti yang boleh mendatangkan keuntungan kepada din mereka khususnya dan organisasi amnya. Oleh itu, sesebuah organisasi korporat mestilah memberi pengiktirafan yang tinggi kepada usahawan korporat yang mempunyai ciri-ciri seperti mahukan kebebasan, tidak terikat kepada struktur hierarki dan polisi syarikat, sanggup menerima risiko secara sederhana dan tidak berminat dengan amalan birokrasi. Antara kepentingan yang akan diperoleh dalam membangunkan usahawan korporat ialah menolong mengintegrasikan aktiviti-aktiviti sekunder, merealisasikan keperluan secara fleksibiliti dan inovatif bagi unit aktiviti-aktiviti sekunder, menolong memendekkan masa bertindak balas, mengelakkan kecenderungan untuk berkompromi, membantu syarikat untuk mengadaptasikan dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar. membolehkan syarikat mempelbagaikan perniagaannya dan memberi peluang kepada syarikat untuk membuat percubaan pasaran.

Intrapreneurial activities diukur dengan menjumlahkan bilangan activiti keusahawanan yang disertai oleh para pekerja seperti sumbangan mereka idea terhadap produk, proses, dan perkhidmatan yang baru. Oleh itu kategori factor loading bagi dimensi intrapreneurial activities tidak dapat dipaparkan dalam kajian ini.

Kajian ini akan mengambil dimensi setiap variable yang mempunyai factor loading lebih dari 0.5, sebagaimana yang dicadangkan oleh Hair et al (2006). Oleh itu terdapat beberapa dimensi yang dikeluarkan dalam kajian ini kerana tidak memenuhi kriteria seperti yang dicadangkan oleh kebanyakan penyelidik. Antara dimensi yang dikeluarkan dari kajian ini adalah time / resources availability and organisational boundaries (organisational context); demand for new product dan unfavorability of change (external environment).

Monday, 12 December 2011

Mawar Putih Untuk Mama

Hari ini Kuantan masih dilanda banjir...beberapa kawasan di sekitar Jalan ke Pekan terutama yang berhampiran Sungai Belat telah dinaiki air....moga mangsa-mangsa banjir bersabar dan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam apa jua keadaan....

Hari ini juga hati aku pulak dibanjiri kepiluan dan kesedihan...Ibu yang paling aku sayangi sedang berada di Hospital Batu Pahat...Sabtu lepas kami sekeluarga baru balik melawat mak di kampung....mak mmg tak berapa sihat lately nih...

Emak.....jom ikut aku balik Kuantan....mak kata...tak apalah...nanti sihat mak ikutlah.....huhu...kalaulah mak nak ikut..tapi.....dimana juga mak....mudah-mudahan mak sihat dan gembira....tapi sekarang mak kurang sihat.....mak di Hospital BP hari ni.....
 Mak di Hospital BP ..12/12/2011..

Emak....kalaulah mak tahu apa yang aku rasa saat ini....andai tuhan anugerahkan sayap...saat ini juga aku akan terbang mendakap mak agar mak rasa nyaman dan selamat....andai tuhan berikan aku untuk memutarkan kembali masa....akan aku jaga mak tanpa sebarang cela..bagi memastikan mak sihat selamanya tanpa secalit rasa sakit....andai aku punya sakti...akan ku pastikan mak menjadi srikandi kekal abadi di hati kami....tapi mak selalu kata...hakikat kehidupan perlu dilalui tanpa sebarang andaian ....Walau mak sedang sarat menanggung sakit....kata-kata hikmah mak tetap memanjakan kami...masih mampu mengingatkan bunyi bagi setiap jarum saat yang berdetik....Mak...aku pinjam semangatmu untuk aku lalui saat ini...

Tuhan....apa lagi yang aku mampu beri pada mak..selain permohonan kudus aku kepada mu...kau berilah ketabahan hati dan keringanan beban bagi sakit yang sedang mak tanggung....cukup-cukuplah beban dan susah payah mak menanggun kami mulai saat kami kau hembus dalam rahimnya.....berilah sejambak kekuatan dan segengam harum mawar pada mak agar mak terus bahagia disaat genting begini....

Mak....aku tahu mak sangat tabah...mak tak pernah mengeluh walau sedetik...aku tahu mak sangat redha dengan setiap dugaan yang tuhan berikan..mak kata ini anugerah tuhan bagi menyucikan sisa2 dosa silam...mak..mak patut tahu bahawa mak tidak sepatutnya merasai kesakitan ini....mak patut luahkan semuanya pada kami...tapi mak kata...kehidupan kami masih panjang....tak perlu lalui nya....mak betul2 permaisuri bagi kami...

Image Detail

 
Mak...aku nak mak tahu bahawa aku sangat sayang pada mak....aku juga nak mak tahu bahawa saat indah membesar bersama mak adalah saat terindah dalam hidup ini....berlindung di sebalik dakapan mak..adalah saat yang palin selamat dan nyaman....susu ibu yang mak berikan..adalah senjata paling hebat yang membuatkan aku sangat kebal dengan virus-virus hitam ....kasih sayang emak lah yang menjadikan aku kuat...dan membesar sebagai aku yang hari ini.....aku nak mak tahu....mak adalah segala-galanya untuk aku..selain anugerah keluarga yang tuhan bagi pada aku...yang juga berkat dari doa ku mak.....aku tak punya apa-apa tanpa mu mak.....Aku sayang makkkkkk....

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Image Detail

Sunday, 11 December 2011

Banjir Vs Gerhana....

Hujan lebat di Kuantan mulai semalam hingg hari ini masih belum reda....beberapa tempat di Kuantan telah dinaiki air...pagi tadi kami sekeluarga mula menjalankan tugas sebagai pengawas banjir tak bertauliah di sekitar Indera Sempurna - Jaya Gading - Permatang Badak - Sungai Isap....tugas sukarela ini diketui oleh En. Mohamad Rozi Hassan.....Banjir Info boleh dicapai melalui ....http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=PHG&rows=1&rowcheck=1 .....Sungai Belat telah melebihi aras berjaga2.......

Yng uniknya sesi banjir tahun ini, ialah berlku serentak dengan Gerhana Bulan Penuh bagi Tahun 2011..blh rujuk http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WpMj7B_V96E.....dikala semua umat islam menyaksikan keajaiban alam ciptaan Maha Agung....kami di hnya berpeluang menyaksikan melalui internet....Subhanallah....


Hari ni aku nak berkongsi beberapa perkara berkenaan Gerhana dan Banjir.....

AMALAN SUNAT SEMASA GERHANA ( Aku Pinjam dari Web Site Darul Ulum....TQVM....)

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

Solat dan berdoa.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan

Berzikir dan beristighfar.
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba.
 Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.


LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR

Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan
Banjir di Kuantan.....

 SEBELUM

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
1.    Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2.    Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen
       dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang
       berhampiran.
3.    Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat
       supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4.    Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5.    Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6.    Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7.    Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

 SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
1.    Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2.    Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3.    Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4.    Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5.    Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


SEMASA

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
1.    Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2.    Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3.    Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
1.    Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2.    Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke
       tempat yang selamat


SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
1.    Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2.    Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3.    Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
1.    Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2.    Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3.    Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4.    Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5.    Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6.    Jangan minum air banjir.


SELEPAS

SELEPAS BANJIR
1.    Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah
       sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2.    Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan
       istimewa).
3.    Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4.    Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
1.    Pakai kasut.
2.    Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3.    Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk
       mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4.    Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
1.    Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2.    Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3.    Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4.    Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah,
       petrol, diesel dan sebagainya).
5.    Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6.    Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7.    Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Banjir di Kuantan....Gambar pinjam....

Banjir di Kuantan....Gambar pinjam....
Apa juga musibah atau bencana yang menimpa....sama-samalah kita cari dan gali rashia di sebaliknya......


Tua sbml usia.....

Nampak sangatlah aku nih dah agak tak muda sangat....asik lupa pasword email...lama sangat dah tak update blog....pls do something lah Yani....jangan tua sblm usia....

Saturday, 15 October 2011

Kasih Ibu....Sampai Ke Syurga.....

Rasanya syiling dapur kat rumah kita orang dah memang blh jadi "Ward Bersalin Kucing"...masuk nih dah kali ke 4 ibu kucing yang sama bersalin dan membesarkan anak2 yg baru lahir tuh...kali nih ada 4 ekor lagi,.....rimas betul dengan bunyi ibu n baby kucing2 tuh.....ngiau...ngiau...ngiau......

Petang tadi, my hubby panjat syiling dan turunkan baby2 kucing tuh....kesian..tapi rimas sangat dengar bunyi mengiau selain takut kucing2 tuh tersangkut wayar2 elektrik kat atas syiling tuh.....My hubby amik dan letak dalam sangkar arnab  (tempat upin n ipin dulu - upin n ipin dah bagi mama baru...aunty ina....sbb adam n alya alah dengan bulu2 halus arnab...huhuhu..sedih tul..sbb mereka dah manja sangat dengan kami....sob...sob....) . Hubby aku siap bagi susu "Dutch Lady"..hahahha..dengan harpan baby kucing dpat khasiat lah konon......(kemana tumpahny kuah kalau tak mke nasi..heheh..my mother in law...have more than 20 ekor kucing as a pets.....perhhhh...)..

Bila sampai malam......mulalah rasa bersalah.....bila baby2 tuh dah mula resah gelisah...cari "nenen" ibu dia....sedih betul tgk....lastly..my hubby bukak sangkar tadi dengan harapan ibu kucing dtang amik babynya....lama tul tunggu...akhirnya sang ibu menunggu kat celah2 kerusi..masa kami dah masuk rumah....diambil nya seekor demi seekor.....kasih seekor ibu..walau pun kucing.....diambil anak yg paling lemah dulu...yg palin exsyen..last sekali...mungkin ibu merasakan dia boleh menjaga dirinya....

Kisah simple kucing nih..kalau kita teliti....banyak pengajaran;

  • Kasih ibu tak mengira siapa...kekal sampai ke syurga...(cum yg aku confused...kenapalah banyak baby manusia yg dibuang tanpa belas kasihan....."bapak kucing" memang entah lesap ke mana..mungkin dah cari mak baru...tapi si mak tetap berusaha lindungi anak2 nya....mak2 baby manusia...tolonglah ambil pengajaran.......)
  • Anak2 adalah anugerah dan bukan bebanan........(kucing yang tak de akal tuh pon pandai nak selamatkan anak...walahal...nasib diri sendiri pon tak tau lagi.....sangup diredah apa juga.....)
  • Jangan aniya binatang.....apatah lagi menginaya sesama manusia..... (rasa berdosa yg amat ...padahal bukan aku aniaya pon kucing tuh...cuma alihkan jek anak2 dia dari syiling ke sangkar.....cuba bayangkan kalau kita menginaya sesama manusia.....rasa bersalah akan terus menghantui diri....selagi kita tak mintak maaf pd di..moralnya....jaga diri..hiasai peribadi...heheh)
Finally..kol 11 malam lebih....kesemua anak2 telah diangkut oleh ibunya...alhamdulilah....selamat berpindah ke rumah baharu....mohon maaf zahir batin kepada "ibu kucing dan baby2 nya" huhuhu.....tak osah lah lah beranak kat syiling rumah kami lagi.....huhuhu....



Anugerah Alam...Mostar , Bosnia

Rasanya banyak jugak negara-negara di bumi tuhan yang aku telah jelajahi....tapi, pengalaman menyaksikan bumi Mostar yang dulunya pernah dihujani pelbagai peluru angkara dendam puak Serbia.....sangat mengujakan...buminya sangat unik dan mengasikkan.....keindahan alam yang sukar digambarkan dengan kata-kata......pastinya kepada pencinta-pencinta alam...luangkan masa mengunjungi daerah ini....Rasa nak upload banyak gambar...tapi lambat...blh tgk di http://images.search.yahoo.com/search/images?_adv_prop=image&fr=slv1-msgr&va=mostar+bosnia

Mostar, Bosnia 











Orientasi Keusahawanan di Dalam Sektor Awam.....

Salam....

Malam ni agak free...tetiba rasa macam nak buat research pasai keusahawanan di dalam sektor awam....aku rasa dah sampai masanya semua penjawat awam di malaysia mula diterapkan  "nilai-nilai keusahawanan" dalam diri diri masing dalam usaha memberikan service terbaik....tak kira lah dalam sektor apa....

Nilai-nilai keusahawnan tuh bukan lah nak suruh depa2 nih berniaga msa kerja..huhu..maklumlah...nama pon keusahawanan....
tapi...semangat usahawanan dalam perkhidmatan awam....apa tuh.....
tunggu aku cari rujukan-rujukan yang berkenaan.......

Nanti akan ku update......

Sesi 2.....


Dunia keusahawanan, sering digambarkan satu keadaan persekitaran yang penuh dengan persaingan (Groenwald, 2010). Dengan kata lain, konsep keusahawanan melambangkan kepada kemampuan individu mengambil manfaat daripada persaingan yang dihadapi yang membolehkan mereka terus maju ke hadapan (Morris & Kuratko; 2008). Justeru itu, pendekatan “keusahawanan dalaman” atau intrapreneurship dalam Bahasa Inggeris adalah merupakan satu pendekatan baru untuk berhadapan dengan pesaing yang mungkin muncul dari dalam organisasi itu sendiri iaitu sama ada organisasi swasta yang melibatkan perniagaan mahupun organisasi perkhidmatan awam yang tidak berorientasikan keuntungan seperti Jabatan Polis, Guru, Bomba, Tentera, Jabatan Hasil Dalam Negeri serta lain-lain organisasi awam yang lain. Oleh itu, jika orientasi keusahawanan yang diwujudkan di dalam sesebuah organisasi ia akan membawa kepada peningkatan yang terhadap kepercayaan terhadap kebolehan dan bakat pekerja. Kepercayaan terhadap kebolehan dan bakat pula akan dapat meningkatkan daya inisiatif dan kreativiti para pekerja.
Tambahan pula, tugas dan tanggungjawab kakitangan awam merangkumi pelbagai situasi dan memerlukan pelbagai kemahiran. Kajian Morris, Kuratko dan Selvin (2008) menunjukkan mereka menghadapi pelbagai cabaran dan perlu berhadapan dengan pelanggan dan pihak atasan. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang kakitangan awam mempunyai kompetensi yang tinggi supaya berjaya membawa sesebuah jabatan ke tahap yang telah ditetapkan. Kakitangan awam pada masa ini perlu melihat jabatan tempat mereka bekerja sebagai sebuah organisasi yang menjual perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Mereka boleh dianggap sebagai usahawan dalaman untuk meraih keuntungan melalui kejayaan menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang. Sudah sampai masanya kakitangan awam berorientasi keusahawanan bagi meningkatkan lagi kejayaan sesebuah jabatan.

Bersambung semula untuk Sesi 3.. bila idea dah kembang.......