Yng uniknya sesi banjir tahun ini, ialah berlku serentak dengan Gerhana Bulan Penuh bagi Tahun 2011..blh rujuk http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WpMj7B_V96E.....dikala semua umat islam menyaksikan keajaiban alam ciptaan Maha Agung....kami di hnya berpeluang menyaksikan melalui internet....Subhanallah....
Hari ni aku nak berkongsi beberapa perkara berkenaan Gerhana dan Banjir.....
AMALAN SUNAT SEMASA GERHANA ( Aku Pinjam dari Web Site Darul Ulum....TQVM....)
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
Solat dan berdoa.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
![]() |
Berzikir dan beristighfar.
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
Berlindung daripada azab kubur.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
Memerdekakan hamba.
Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR
Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan
![]() |
Banjir di Kuantan..... |
SEBELUM
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen
dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang
berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat
supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN
1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke
tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6. Jangan minum air banjir.
SELEPAS
SELEPAS BANJIR
1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah
sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan
istimewa).
3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
1. Pakai kasut.
2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk
mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah,
petrol, diesel dan sebagainya).
5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
![]() |
Banjir di Kuantan....Gambar pinjam.... |
![]() | |
|
No comments:
Post a Comment