"Happy Birthday to you..2x
Happy Birthday to ALya Nyli....
Happy Birthday to you...."
Pejam celik, pejam celik Alya dah berumur 5 tahun....ALhamdulilah ya allah...moga-moga Alya akan jadi anak yang solehah, penyejuk hati mama dan babah, berjaya dan cemerlang dunia akhirat....itulah doa yang sentiasa mengiringi hati mama....
Tahun depan (2012) alya akan melangkah ke alam baharu persekolahannya.....cepat betul masa berlalu...masih terngiang-ngiang lagi dentingan gunting dan jarum semasa melahirkan alya...tangisan pertama alya selepas keluar dari rahim mama msih jelas mama dengar.....tapi anak mama dah besar sekarang...alhamdulilah....
Alya memang soleh, cantik, comel , bijak dan genius....(puji anak sendiri..huhu). suatu hari nanti bila alya dah dewasa..kata-kata itu yang akan alya ingati....Mama nak ALya tahu yang mama , babah dan along sangat sayang pada Alya...besar betul harapan mama .... dan yang terbesar ..bila mama dn babah dah dijemput tuhan...ADAM dan ALYA akan jadi punca dan sumber pahala yang berterusan bagi kami....
ALya ada Along (Adam Azim Bin Mohamad Rozi) yang juga sangat Soleh, Bijak , Pandai, Genius, Bijksana , berjaya dan cemerlang dunia & akhirat....kasih sayang mama tak pernah berbelah bahagi dan tak perlu dipertikaikan.....dalam hati mama hanya ada Babah, Adam & Alya....bersyukur yang tidak terkira dengan anugerh tuhan ini....mama selalu berdoa semoga kasih sayang dan hati-hati kita sekeluarga selalu bertaut, bersatu dan utuh dalam apa juga keadaan....juga sentiasa bersatu dalam naungan iman dan redha dari tuhan....
Anak-anak mama....
No comments:
Post a Comment