Malam ni agak free...tetiba rasa macam nak buat research pasai keusahawanan di dalam sektor awam....aku rasa dah sampai masanya semua penjawat awam di malaysia mula diterapkan "nilai-nilai keusahawanan" dalam diri diri masing dalam usaha memberikan service terbaik....tak kira lah dalam sektor apa....
Nilai-nilai keusahawnan tuh bukan lah nak suruh depa2 nih berniaga msa kerja..huhu..maklumlah...nama pon keusahawanan....
tapi...semangat usahawanan dalam perkhidmatan awam....apa tuh.....
tunggu aku cari rujukan-rujukan yang berkenaan.......
Nanti akan ku update......
Sesi 2.....
Dunia
keusahawanan, sering digambarkan satu keadaan persekitaran yang penuh dengan
persaingan (Groenwald, 2010). Dengan kata lain, konsep keusahawanan
melambangkan kepada kemampuan individu mengambil manfaat daripada persaingan
yang dihadapi yang membolehkan mereka terus maju ke hadapan (Morris &
Kuratko; 2008). Justeru itu, pendekatan “keusahawanan dalaman” atau intrapreneurship
dalam Bahasa Inggeris adalah merupakan satu pendekatan baru untuk berhadapan
dengan pesaing yang mungkin muncul dari dalam organisasi itu sendiri iaitu sama
ada organisasi swasta yang melibatkan perniagaan mahupun organisasi
perkhidmatan awam yang tidak berorientasikan keuntungan seperti Jabatan Polis,
Guru, Bomba, Tentera, Jabatan Hasil Dalam Negeri serta lain-lain organisasi awam
yang lain. Oleh itu, jika orientasi keusahawanan yang diwujudkan di dalam
sesebuah organisasi ia akan membawa kepada peningkatan yang terhadap
kepercayaan terhadap kebolehan dan bakat pekerja. Kepercayaan terhadap
kebolehan dan bakat pula akan dapat meningkatkan daya inisiatif dan kreativiti
para pekerja.
Tambahan pula,
tugas dan tanggungjawab kakitangan awam merangkumi pelbagai situasi dan
memerlukan pelbagai kemahiran. Kajian Morris, Kuratko dan Selvin (2008)
menunjukkan mereka menghadapi pelbagai cabaran dan perlu berhadapan dengan
pelanggan dan pihak atasan. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang kakitangan
awam mempunyai kompetensi yang tinggi supaya berjaya membawa sesebuah jabatan
ke tahap yang telah ditetapkan. Kakitangan awam pada masa ini perlu melihat
jabatan tempat mereka bekerja sebagai sebuah organisasi yang menjual
perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Mereka boleh dianggap sebagai usahawan
dalaman untuk meraih keuntungan melalui kejayaan menghasilkan perkhidmatan yang
cemerlang. Sudah sampai masanya kakitangan awam berorientasi keusahawanan bagi
meningkatkan lagi kejayaan sesebuah jabatan.
Bersambung semula untuk Sesi 3.. bila idea dah kembang.......
perlukan input dr pakar-pakar.....
ReplyDelete