PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN...(Knowledge Sharing....)
Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui
kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan
keusahawanan seperti Prinsip Akaun. Perdagangan, Pengajian Perniagaan.
Kemahiran Hidup, Mata Pelajaran Vokasional, Ekonomi Asas. Ekonomi Rumah
Tangga, dan sebagainya telah dibentuk. Manakala dan segi ko-kurikulum
pula, aktiviti seperti Program Usahawan Muda, Pengusaha Muda Malaysia,
Pengusaha Muda ESSO. Program Tunas Bistari dan Koperasi telah diadakan.
Dalam
menuju e era globalisasi, rakyat Malaysia tidak hanya boleh bergantung
kepada kerajaan untuk menyediakan pekerjaan. Budaya pekerjaan di
Malaysia sekarang lebih mengarah kepada bekerja dengan pihak swasta
atau bekerja sendiri. Oleh itu, setiap individu perlu bijak dalam
merebut peluang terutamanya dalam bidang perniagaan.
KONSEP KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN
Menurut
Hisrich dan Peter (1998). keusahawanan adalah suatu proses dinamik
untuk mencipta kekayaan. Kekayaan ini dicipta oleh individu yang
menanggung risiko besar di dalam ekuiti. masa, dan komitmen kerjaya
atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan.
Keusahawanan adalah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan
mengambil kira masa. usaha selain berhadapan dengan risiko kewangan.
psikologi. dan sosial dalam proses memperoleh manfaat dan segi
kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan. Manakala Kuratko dan
Hodgetts (2004) mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses inovasi
dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi. alam
sekitar, dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan.
pendidikan. dan perlembagaan. Keusahawanan juga merupakan aktiviti
perniagaan yang diwujudkan oleh seseorang yang mentafsirkan keadaan
persekitaran. mengenal pasti peluang, menggunakan bahan-bahan.
menjalankan idea-idea. membesarkan kekayaan dan menggalakkan kebajikan
sosial. Pada amnya keusahawanan dapat dirumuskan sebagai perlakuan
seorang usahawan yang berjaya menggunakan peluang serta sumber yang ada
untuk mencapai matlamat peribadi seperti mengaut keuntungan daripada
perniagaan yang dibina. Matlamat ini adalah untuk kebaikan dirinya
sendiri untuk jangka masa yang panjang serta dapat membantu
membangunkan ekonomi negara. Di dalam menjalankan aktiviti
keusahawanan. terdapat dua perkara asas iaitu:
(a) Fikiran yang waras dan kesihatan yang baik; serta
(b) Modal Kewangan.
Perkataan
usahawan terhasil daripada perkataan “Entrepreneur’ yang berasal
daripada Bahasa Peranchis — “Entreprendre” — yang bermaksud to
undertake’ atau memikul (tugas) atau mencuba. Perkataan ini digunakan
pada awalnya oleh Richard Cantillon sebagai agen yang membeli alat-alat
pengeluaran untuk menghasilkan barangan ang dapat dipasarkan”. Waktu
membel5. usahawan tidak pasti akan harga yang bakal terima. Di sini
wujud unsur risiko dan spekulasi. Manakala Jean Baptiste Say pula telah
meluaskan idea Cantillon dengan menafsirkan usahawan sebagai
“organizer” firma perniagaan di mana usahawan memainkan peranan yang
penting dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran. Usahawan semestinya
seorang pemimpin yang berjaya mengatur pekerja-pekerjanya dalam
penghasilan sesuatu produk.
Perkataan usahawan popular di
kalangan masyarakat Malaysia hanya pada pertengahan tahun 1970an.
Usahawan timbul ketika penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
selepas tahun 1969. Pembangunan usahawan, terutama di kalangan
peribumi. diakui penting dalam usaha mengimbangi struktur pencapaian
ekonomi pelbagai bangsa. Selain kesan-kesan dan pengaruh persekitaran
yang tidak boleh dikawal oleh manusia yang mungkin mengakibatkan
ketidakseimbangan di antara sumber-sumber semula jadi can tenaga
manusia. kelahiran usahawan terutamanya di kalangan kaum pendatang
sering dikaitkan dengan keinginan mengembangkan kuasa politik atau
pentadbiran mereka melalui penguasaan aktiviti-aktiviti ekonomi di
sesuatu penempatan baru.
PERBEZAAN DI ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA
Walaupun
perkataan peniaga adalah sinonim dengan usahawan, namun jika dikaji
dengan lebih terperinci usahawan terdiri daripada para peniaga, tetapi
bukan semua peniaga adalah” usahawan. Hal ini adalah kerana usahawan
sentiasa ingin memajukan diri dan perniagaannya jika dibandingkan
dengan seorang peniaga yang tidak menunjukkan kemahuan untuk berkembang
dan mempelbagaikan kegiatannya.
Jadual 1.1 menunjukkan beberapa ciri perbezaan di antara usahawan dan peniaga.
Abad ke 18
Keusahawanan
pada abad ini dapat dilihat dari sudut individu yang mempunyai modal
dan dibezakan daripada individu yang memerlukan modal. Usahawan
dibezakan daripada pemberi modal (venture capitalist). Pemberi modal
ini merujuk kepada pengurus kewangan profesional yang membuat pelaburan
berisiko dan modal ekuiti bagi mendapatkan kadar pulangan yang lebih
tinggi. Namun terdapat dan perbezaan di antara pemberi modal dan konsep
keusahawanan dalam sektor perindustrian yang berkembang di seluruh
dunia.
(a) Perkembangan sektor perindustrian telah menuntut usahawan agar berusaha bagi merebut peluang demi kemajuan diri dan negara.
(b)
Dan segi pembentukan rekaan hasil reaksi kepada dunia yang
terus-menerus mengalami perubahan. Setiap perubahan yang berlaku
mendorong individu untuk mereka bentuk produk yang lebih baik dan
berkesan.
(e) Pertengahan Abad Ke-20
Pada pertengahan abad
ini usahawan telah dianggap sebagai agen yang membawa kepada perubahan
kerana mereka melaksanakan penciptaan produk, proses atau sistem yang
baru. Konsep perubahan merupakan salah satu faktor penting dalam bidang
keusahawanan. Inovasi memperkenalkan sesuatu yang baru dan merupakan
suatu yang sukar dalam bidang keusahawanan. Inovasi bukan sahaja
memerlukan keupayaan untuk mencipta sesuatu yang baharu tetapi
memastikan inovasi itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini kerana
usahawan yang akan memulakan sesuatu yang baharu untuk diperkenalkan
kepada masyarakat. Selain itu, usahawan juga berkeupayaan untuk
memenuhi semua kehendak dan keperluan masyarakat. Perubahan yang
dilakukan melibatkan penciptaan produk baru, sistem pengagihan baharu
dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baru. Keupayaan untuk
membuat inovasi merupakan satu kelebihan yang dimiliki oleh usahawan
yang akan membezakan mereka daripada orang lain yang bukan usahawan.
Keupayaan untuk mereka cipta dilihat seperti terbinanya piramid
daripada ketulan batu di Mesir dan sebagainya.
(f) Senario Keusahawanan Pada Abad Ke-21
Kompleksiti
dan kepelbagaian merupakan satu isu yang akan mencabar kebolehan
usahawan mengurus perniagaan menjelang abad in Terdapat dua sebab utama:
(a) Usahawan perlu mengurus heterogeneity tenaga kerja yang semakin meningkat: dan
(b) Tenaga kerja yang pelbagai mempunyai kelebihan kompetitif yang berpotensi untuk diperkembangkan.
Tenaga
kerja yang pelbagai dengan latar belakang budaya yang berbeza akan
mempengaruhi usahawan dalam mengurus perniagaan. Pengurusan budaya dan
isu-isu yang berkaitan dengannya akan mempengaruhi corak pengurusan,
pembangunan personaliti, gaya kepimpinan, dan pendekatan dalam
komunikasi. Oleh itu, dalam sebuah perniagaan yang bersifat global,
usahawan perlu mengambil kira isu-isu yang timbul hasil daripada
kepelbagaian yang pasti mempengaruhi keberkesanan aktiviti keusahawanan
yang dijalankan.
Keusahawanan pada abad ini sudah semestinya
akan lebih mencabar akibat kecanggihan teknologi. Persaingan akan
menjadi lebih sengit manakala masalah dan tuntutan pekerja juga lebih
kompleks. Para pekerja akan bersikap lebih mendesak dan sekiranya
permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka bersedia untuk mengambil
tindakan yang lebih drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah,
mengadu kepada kesatuan atau mungkin meletak jawatan dan menyertai
syarikat pesaing. Hal ini adalah kerana mobiliti pekerja adalah lebih
fleksibel dan kebolehcapaian maklumat yang lebih cepat dan terkini.
Usahawan
abad ini banyak mencipta produk dan perkhidmatan serta sanggup
menghadapi risiko yang tinggi. Menurut Kuratko dan Hodgetts (1996),
usahawan merupakan perintis atau pelopor dalam mencipta perniagaan
baharu.
PERBEZAAN PENGURUSAN PERNIAGAAN ABAD KE-21 DENGAN ABAD KE-20
Perbezaan pengurusan perniagaan pada kedua-dua abad ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu:
(a) Pengaruh persekitaran perniagaan;
(b) Pengaruh persaingar1 dan
(c) Pengaruh teknologi.
2.2.1 Pengaruh persekitaran perniagaan
Aspek
persekitaran memberi pengaruh yang signifikan terhadap bidang
keusahawanan. Persekitaran perniagaan pula terbahagi kepada dua
bahagian iaitu:
(a) Pengaruh Dalaman
Aspek persekitaran
dalaman membawa maksud kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan
pengurusan dalam sesebuah syarikat. Aspek ini lebih menumpukan kepada
kepentingan individu. Usahawan pada abad ke-20 tidak mudah meletakkan
tanggungjawab kepada pekerja. Majikan mempunyai tanggapan yang rendah
akan kebolehan para pekerja mereka. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku
pada abad ke-21. Majikan lebih mempercayai kebolehan dan meletakkan
tanggungjawab yang tinggi terhadap pekerja mereka. Pada masa yang sama,
usahawan perlu bersedia untuk membangunkan keusahawanan dalaman atau
korporat (intrapreneurship) di kalangan pekerja yang mempunyai
kemampuan dan yang bersedia untuk bekerja secara berdikari.
(b) Pengaruh Luaran
Aspek
persekitaran luaran pula membawa maksud segala kegiatan yang melibatkan
faktor-faktor luaran seperti faktor persaingan. polisi kerajaan,
hubungan antara organisasi perniagaan, dan hubungan dengan pelanggan.
Pengaruh luaran pada abad ke-20 dan ke-21 adalah tidak sama.
Faktor-faktor luaran ini berubah dan menjadi semakin kompleks. Sebagai
contoh, dan segi hubungan di antara syarikat perniagaan dengan
pelanggan, pada abad ke-21 hubungan ini lebih bertindak sebagai sumber
penyampaian maklumat, sekutu yang strategik dan saling melengkapi
antara satu sama lain.
2.2.2 Pengaruh persaingan
Liberalisasi
dan globalisasi dalam dunia perniagaan akan mendedahkan syarikat kepada
persaingan global yang lebih sengit. Komunikasi yang berkesan,
peningkatan kemudahan pengangkutan dan perniagaan bebas yang dibenarkan
di sesebuah negara membolehkan perniagaan dibawa ke seluruh dunia untuk
bersaing. Kelebihan kompetitif akan menentukan kelangsungan syarikat.
Persekitaran ini akan lebih rumit apabila terdapatnya perbezaan dan
segi bahasa dan budaya dalam sesebuah negara. Oleh itu usahawan pada
abad ke-21 perlu bersedia untuk menangani masalah-masalah di luar
jangkaan dan kepelbagaian ketidakpastian yang bakal dihadapi.
2.2.3 ) Pengaruh teknologi
Kemajuan
dan perubahan dalam teknologi komunikasi dan komputer amat ketara pada
masa kini. Peningkatan dalam penggunaan mikro komputer, komunikasi
data, imej dan grafik adalah antara contoh-contoh yang dapat
diperkatakan. Perubahan ini akan memberi kesan yang pelbagai dan segi
teknologi dan sinergi. Perubahan teknologi pada abad ke-20 mungkin
tidak secanggih perubahan teknologi pada abad ke-21. Oleh itu, para
usahawan perlu peka dan dapat menyediakan diri mereka dengan
pengetahuan yang secukupnya bagi membolehkan mereka memanfaatkan
kemajuan teknologi yang berterusan ini.
CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI OLEH USAHAWAN DI ABAD KE-21
Keusahawanan
akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan
pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang
penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan don kemampuan
mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan
baik merupakan suatu kejayaan. Antara cabaran yang akan memberi
pengaruh yang signifikan kepada usahawan adalah seperti yang berikut:
(a) Kepelbagaian Tenaga Kerja
Tenaga
kerja dalam perniagaan hari ini adalah lebih heterogen dan pelbagai dan
segi jantina, bangsa, etnik, dan budaya. Terdapat juga tenaga kerja
yang telah berumur dan yang tidak sempurna sifat. Akibatnya, usahawan
perlu menyesuaikan aktiviti, struktur dan jangkaan kumpulan serta
individu dengan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang keluarga.
keperluan, budaya, dan harapan yang berlainan. Mengenal pasti dan
menghormati perbezaan-perbezaan ini akan menjamin pekerja untuk kekal
dalam sesebuah syarikat. Usahawan oleh mengiktiraf perbezaan yang wujud
dan pada masa yang sama mengambil faedah dengan mencungkil setiap
potensi yang ada hasil daripada perbezaan ini untuk kebaikan syarikat.
(b) Kesetiaan Pekerja yang Menurun
Persaingan
secara global mendesak usahawan untuk menyingkirkan polisi
tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan faktor pengeluaran
yang lain. Jika pekerja merasakan mereka tidak dilindungi dan dihormati
dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap perniagaan dan syarikat
akan menurun. Hal ini adalah kerana pekerja hari ini mempunyai pelbagai
jenis pilihan pekerjaan terutama di kalangan pekerja-pekerja yang
berilmu atau pun “knowledge workers’.
(c) Kekangan Tenaga Buruh
Penurunan
dalam kadar kesuburan seluruh dunia terutamanya di negara-negara
perindustrian menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh. Usahawan
terpaksa mengambil tenaga buruh di kalangan wanita dan mereka yang
relah pencen. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan permintaan terhadap
mereka meningkat dan seterusnya meningkatkan kos pembayaran gaji,
elaun. insurans. dan lain-lain faedah tambahan yang terpaksa ditanggung
oleh syarikat.
(d) Kekurangan Pekerja yang Berkemahiran
Kebanyakan
pekerja dalam pasaran didapati kekurangan kemahiran ikhtisas yang
dikehendaki oleh majikan. Oleh itu majikan terpaksa memberi latihan
terlebih dahulu sebaik sahaja mereka ini diterima bekerja.
(e) Peningkatan Kualiti yang Berterusan
Usahawan
perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat
mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang
dibelanjakan. Oleh itu. usahawan harus mengutamakan kepuasan pelanggan
melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat
memenuhi cita rasa semasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pasaran.
(f) Peningkatan Kemahiran Di Kalangan Pekerja
Usahawan
perlu sedar betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki pekerja kepada
perniagaan. Perniagaan akan sukar berkembang tanpa peningkatan
kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Memandangkan kepesatan
perkembangan teknologi hari ini. majikan harus mengemaskinikan
kemahiran. Kepakaran dan kebolehan pekerja untuk menghadapi cabaran
pesaing agar memiliki kelebihan yang kompetitif.
(g) Gerak Balas Terhadap Globalisasi
Perniagaan
hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan fizikal yang
trhad. Ada tenaga kerja yang akan ditugaskan ke luar negara. Mereka
perlu didedahkan kepada perbezaan keperluan, aspirasi. sikap, budaya,
dan personaliti yang bakal dihadapi apabila berada di negara berkenaan.
Pada masa yang sama, terdapat pekerja asing yang akan diambil bekerja
oleh usahawan. Adalah menjadi tanggungjawab usahawan untuk menangani
pengaruh globalisasi dengan menyediakan persekitaran kerja yang sihat
dan hormat-menghormati untuk kebaikan bersama.
(h) Memperkasakan Pekerja
Kejayaan
perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk
memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka pen. melibatkan
pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan
sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dar pemudahcara. Oleh itu,
kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengar penjadualan masa bertugas,
prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang
dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja
merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka
lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat.
(i) Menggalakkan Perubahan Dan Inovasi
Usahawan
perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri.
Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja
menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan
inovasi mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu lebih fleksibel dan
menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Usahawan juga perlu
mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang
boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.
(j) Kesementaraan
Usahawan
dan keusahawanan sentiasa terdedah kepada perubahan. Perubahan
merupakan kemestian dalam perniagaan. Pekerjaan yang dilakukan oleh
pekerja tertakluk kepada perubahan. Kemahiran dan kepakaran yang
dimiliki hari ini akan usang pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu
mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja.
Usahawan juga hendaklah bersedia merubah teknologi pengeluaran dan
struktur perniagaan. Pada masa yang sama, mereka hendaklah melakukan
pemindahan paradigma sama ada di kalangan pekerja atau din mereka
sendiri dengan membebaskan diri daripada ikatan status quo, bangga
dengan kejayaan lalu, dan selesa dengan pencapaian semasa.
Seterusnya
jika pada masa lalu pekerja merasakan selamat dengan pekerjaan yang
mereka lakukan. tetapi mungkin tidak pada masa kini. Mereka dicabar
oleh pekerja yang lebih mahir, pengecilan perniagaan dan kejenteraan
semula syarikat. Keadaan ini menyebabkan usahawan perlu bersikap lebih
fleksibel, spontan dan peka terhadap perkara-perkara di luar ramalan
yang mungkin berlaku.
(k) Membangunkan Perilaku Beretika
Dalam
keghairahan untuk meningkatkan produktiviti. persaingan dan penurunan
kos pengeluaran, usahawan mungkin terdedah ke arah mengeksploitasi
pekerja, tidak mematuhi undang-undang dan melakukan amalan-amalan di
luar batasan moral. Usahawan gagal mendefinisikan perilaku yang betul
dan yang salah. Usahawan terpaksa berhadapan di antara penumpuan kepada
kebajikan “konstituen” dengan penumpuan kepada keuntungan perniagaan.
Mereka juga menghadapi dilema ‘promoter’, dilema ‘innovator dan dilema
“relational”. Suasana ni memerlukan usahawan untuk membina garis
pemisah di antara yang hak dan yang batil dalam setiap keputusan dan
tindakan yang akan diambil.
USAHAWAN DAN STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Menyedari
pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi. usahawan perlu bersiap sedia
untuk menyusun strategi yang lebih signifikan. Antara strategi yang
sepatutnya dilakukan oleh usahawan adalah:
(a) Strategi Sejagat
Usahawan
perlu memahami perubahan pasaran dunia dengan berfikiran secara
sejagat. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti peluang-peluang
perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikan
peluang-peluang itu. Mereka perlu menguasai persekitaran perniagaan
secara strategik dengan memastikan mendahului strategi yang diambil
oleh pesaing mereka.
(b) Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Usahawan
hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang pesat
berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk.
pembungkusan, pemasaran dan penumpuan kepada kualiti. N4ereka harus
mementingkan fungsi teknologi makiumat untuk bersaing dalam perniagaan.
(c) Mengutamakan Jaringan
Mereka
hendaklah juga perlu tahu bagaimana hendak mengurangkan lapisan
prosedur dan segala bentuk birokrasi. Usahawan perlu mempunyai
kemahiran untuk membina jambatan atau jaringan dengan tokoh-tokoh utama
dan kalangan pelbagai I atar belakang dalam perniagaan untuk mewujudkan
kerjasama dan memastikan mereka sentiasa berada dalam situasi
menang-menang atau win-win situation”. Mereka perlu ingat bahawa dalam
dunia keusahawanan ini bukannya apa yang diketahui oleh usahawan yang
akan menentukan kejayaan mereka tetapi siapa yang mereka Renal
mempunyai pengaruh yang lebih signifikan terhadap perniagaan mereka.
(d) Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pendorong
Usahawan
pada masa depan juga perlu mengetahui kedinamikan kumpulan dan sensitif
terhadap keperluan mereka. Mereka harus berkebolehan untuk membimbing,
mendorong, menasihati dan tahu bila (when), apa (what) dan bagaimana
(how) untuk memberi arahan kepada pasukan kerja dan individu agar
mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik. Pada masa yang sama,
mereka juga perlu mengetahui kepentingan teknik pengurusan secara
penglibatan bersama selain membangunkan pasukan pengurusan kendiri.
(e) Kepakaran Berkomunikasi
Usahawan
Juga berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini penting
kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai
kepelbagaian latar belakang. Pada masa yang sama. mereka juga perlu
berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan
yang mana setiap di antara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang
tersendiri terhadap usahawan.
KEUSAHAWANAN KORPORAT
Objektif
Selepas membaca bab ni, para pelajar akan memahami perkara-perkara yang berikut:
• Definisi usahawan korporat;
• Perbandingan di antara usahawan korporat dengan usahawan;
• Keperluan usahawan korporat;
• Kepentingan bagi seorang usahawan untuk membangunkan usahawan korporat;
• Model proses pembangunan usahawan korporat;
• Strategi untuk membangunkan usahawan korporat;
• Masalah yang dihadapi dalam membangunkan usahawan korporat.
PENGENALAN
Perkembangan
pesat ekonomi global menuntut syarikat-syarikat korporat melakukan
perubahan dalaman agar dapat menyesuaikan organisasi mereka dengan
persekitaran luaran. Inovasi yang berterusan dan segi produk. proses.
dan struktur pentadbiran membolehkan syarikat lebih berdaya saing dalam
konteks persaingan dan percaturan perniagaan antarabangsa. Dalam satu
perhimpunan pada tahun 2006. Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah
mengutarakan istilah baru iaitu ‘Glokal” yang merujuk kepada usaha
melahirkan usahawan Malaysia terutamanya bumiputera yang mempunyai gaya
dan nilai pengurusan Malaysia tetapi dapat bersaing di arena
antarabangsa. Hasrat untuk melahirkan syarikat yang berinovatif dan
berdaya saing akan hanya dapat dicapai melalui pembentukan usahawan
dalaman atau usahawan korporat.
Keusahawanan dalaman atau
korporat ialah aktiviti secara formal atau bukan formal di dalam
sesebuah organisasi yang sudah lama bertapak bagi mewujudkan perniagaan
baru sama ada melalui inovasi proses. produk, atau pembangunan pasaran
baru. Lazimnya aktiviti ini dilakukan oleh pekerja yang sering mahukan
kebebasan, dan bersedia untuk berusaha dengan titik peluh mereka
sendiri, berani mengambil risiko, bebas dalam membuat keputusan, dan
bersedia untuk menggunakan kreativiti dan inovasi sendiri. Apa yang
penting bagi syarikat ini ialah bagaimana hendak memanfaatkan
perniagaan yang memiliki ciri-ciri berkenaan dengan mewujudkan hubungan
strategik untuk mengelakkan mereka daripada menjadi pesaing pada masa
hadapan. Dengan membangunkan usahawan korporat juga akan membantu
syarikat memperluaskan lagi perniagaannya selain mencungkil bakat-bakat
baru serta mengetengahkan daya kreativiti usahawan-usahawan dalaman
atau korporat ini.
DEFINISI USAHAWAN KORPORAT
Usahawan
dalaman atau korporat ialah individu yang memiliki ciri-ciri
keusahawanan yang tinggi dan lazimnya yang bekerja dalam sesebuah
organisasi atau syarikat. Mereka merupakan “dreamer’ iaitu bersedia
memikul tanggungjawab yang lebih bagi mencipta inovasi baru dalam
syarikat. Usahawan korporat mungkin merupakan seorang pencipta atau
pereka cipta, tetapi yang lebih utama mereka merupakan kumpulan pekerja
yang mencari jalan untuk menukar sesuatu idea menjadi satu realiti yang
jika diurus dengan baik akan menguntungkan syarikat. Menurut Michael H.
Morris dan Donald F. Kuratko (2002), usahawan korporat ialah seorang
yang berorientasikan tindakan dan matlamat. akan melakukan apa saja
dengan pantas bagi mencapai matlamat. berdedikasi, komited, inovatif
dan kreatif. serta seorang pemikir. pelaksana, perancang, dan pekerja
kepada syarikat atau organisasi yang melantik mereka.
PERBANDINGAN ANTARA USAHAWAN KORPORAT DENGAN USAHAWAN
Terdapat beberapa perbezaan antara usahawan korporat dengan usahawan seperti yang tersenarai di bawah ini:
(a) Dan segi kemahiran dan pengalaman
Kedua-dua
pihak mempunyai kemahiran yang sama. Yang berbeza adalah dan segi tahap
penggunaan segala kemahiran. Usahawan lebih bebas dalam
mengeksploitasikan kemahiran berbanding dengan usahawan korporat yang
terikat dengan polisi dan prosedur syarikat.
(b) Dan segi persekitaran
Usahawan berhadapan dengan persekitaran mikro dan makro
seperti
pekerja kerajaan. pesaing, dan lain-lain. Bagi usahawan korporat pula
menghadapi persekitaran yang sama dengan usahawan cuma ditambah dengan
persekitaran korporat. Selalunya setiap syarikat mempunyai budayanya
yang tersendiri. Usahawan korporat acan terpaksa menghadapi dan
mengadaptasikan budaya syarikat di mana mereka berada.
(c) Dan segi perolehan sumber
Dan
segi perolehan sumber, usahawan boleh mendapatkan segala sumber
daripada pihak yang pelbagai seperti institusi kewangan. pelabur, dan
lain-lain. Berbeza dengan usahawan korporat yang hanya terikat kepada
sumber-sumber yang disediakan oleh syarikat sahaja.
(d) Dan segi kegagalan dan kesilapan
Bagi
usahawan. segala kesilapan akan ditanggung sendiri oleh syarikat.
Kesilapan juga akan mudah diketahui umum terutama di kalangan pelabur
dan lain-lain, Usahawan korporat pula boleh berselindung di sebalik
nama syarikat apabila melakukan kesilapan. Kedua dua belajar dan
kesilapan yang dilakukan.
(e) Dan segi pembuatan keputusan
Terdapat
perbezaan dalam pembuatan keputusan di antara kedua-duanya. Bagi
usahawan mereka boleh membuat keputusan tanpa bergantung kepada
mana-mana pihak. Usahawan korporat pula terikat dengan struktur
hierarki syarikat dalam membuat keputusan. Segala keputusan akan
dirujuk kepada pengurusan atasan terlebih dahulu.
(f) Dan segi penerimaan risiko
Terdapat
perbezaan di dalam pengambilan dan penerimaan risiko antara kedua dua
pihak. Usahawan menerima risiko yang sederhana dan pada masa yang sama,
mengutamakan reputasi syarikat. Begitu juga dengan usahawan korporat
yang juga menerima risiko yang sederhana dan meletakkan kerjaya dan
tugas sebagai cagaran.
(g) Dan segi sikap kepada status
Terdapat
perbezaan yang ketara antara kedua-dua pihak dan segi sikap terhadap
status. Usahawan menganggap simbol syarikat adalah paling bernilai dan
amat bermakna. Bagi usahawan korporat mereka akan bermati-matian
bekerja untuk syarikat tetapi bersedia mengorbankan status demi
mencapai kejayaan yang diharapkan.
KENAPA PERLUNYA USAHAWAN KORPORAT
Terdapat empat faktor utama kenapa perlunya usahawan korporat atau dalaman kepada sesebuah syarikat iaitu:
(a)
Kerana persekitaran makro dan perubahan pasaran yang lebih cepat
berbanding birokrasi dalam syarikat. Pendekatan ini akan membantu
syarikat untuk mengadaptasikan persekitaran perniagaan yang dinamik
lagi mencabar.
(b) Melalui pembinaan usahawan korporat,
membolehkan syarikat untuk mempelbagaikan perniagaan tanpa mempunyai
banyak jenis perniagaan dan keluaran menerusi proses dalaman. Syarikat
tidak perlu bergabung dengan syarikat lain kerana tindakan sedemikian
mendatangkan risiko yang lebih tinggi.
(c) Melalui usahawan
korporat, membolehkan syarikat untuk memperluaskan pasaran. Hal ini
kerana usahawan korporat merupakan individu yang tidak takut untuk
mengambil risiko.
(d) Membolehkan syarikat terus mendapat faedah
daripada kepakaran yang dimiliki oleh pekerja syarikat. Jika tidak,
pekerja berkenaan akan membuka syarikat sendiri yang mungkin menjadi
pesaing kepada usahawan pada masa hadapan.
KEPENTINGAN UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN KORPORAT
Selaras
dengan dunia perniagaan yang dinamik, adalah penting bagi pemilik
syarikat untuk membangunkan usahawan korporat bagi membantunya dalam
pengurusan perniagaan. Beberapa kepentingan yang telah dikenal pasti
adalah seperti yang berikut:
(a) Menolong mengintegrasikan aktiviti-aktiviti sekunder supaya tidak berkait secara langsung dengan misi syarikat.
Syarikat
boleh menjustifikasikan bahagian yang kurang penting atau tidak
menguntungkan dengan menyerah kepada pihak lain yang memiliki kemahiran
untuk melaksanakannya. Dalam konteks ini, syarikat boleh menyerahkan
tanggungjawab berkenaan kepada individu dalam syarikat yang mempunyai
kemahiran, minat, dan bersedia memberi sepenuh perhatian terhadap
tugas-tugas berkenaan.
(b) Menolong memendekkan masa tindak balas
Perancangan
komprehensif dan perancangan strategi memakan masa yang panjang. Hal
ini menyebabkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti berkenaan mengambil masa
yang panjang dan mungkin mengakibatkan kehilangan inisiatif, dorongan
dan keupayaan untuk bertindak terhadap perancangan yang telah dibuat.
Dalam situasi ini, keusahawanan korporat dapat memendekkan masa
bertindak balas. Misalnya, usahawan korporat yang dibentuk dapat
memberi perkhidmatan dengan lebih cepat serta bertindak dengan segera
terhadap perancangan. Hal ini dapat memendekkan masa bertindak balas
kerana usahawan korporat bukan merupakan sebahagian daripada pihak yang
terlibat dalam proses perancangan yang melibatkan banyak perkara, dan
transaksi yang lebih kompleks.
(c) Mengelakkan berlakunya kecenderungan untuk bertolak ansur daripada menerima penyelesaian yang dianggap terbaik
Sistem
perancangan merupakan sistem yang sering dipengaruhi oleh politik
dalaman bagi sesebuah organisasi. Jika individu yang terlibat dalam
perbahasan dan pertikaian mengenai sesuatu isu telah meluat atau “fed
up”, maka dia lebih cenderung tidak akan membazirkan masa, tenaga dan
komitmen dengan mengambil tindakan untuk bersetuju. Hal ini bermakna
pekerja berkenaan akan lebih berminat untuk berkompromi dengan isu-isu
yang dianggap tidak utama. Mereka tidak mahu melalui proses perbahasan
yang meleret-leret dengan mengambil tindakan bersedia untuk
berkompromi. Oleh itu. usahawan korporat adalah perlu bagi mengurangkan
sikap hanya bersetuju dan berkompromi dalam sesuatu perkara.
(d) Membantu syarikat untuk mengadaptasi dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar
Perubahan
persekitaran makro dan pasaran yang dinamik mengancam amalan birokrasi
dalam syarikat. Di bawah situasi ini, keusahawanan korporat memainkan
peranan penting kerana keusahawanan korporat berkait rapat dengan
penerokaan dalam syarikat yang sedang membangun dan berkembang.
Sikap
usahawan korporat yang sedia bersaing. berwawasan. sering mencungkil
sebarang peluang dan inovasi yang wujud. serta sentiasa memfokuskan
terhadap keputusan atau hasil yang terbentuk agar dapat memelihara dan
menjamin kedudukan syarikat di dalam pasaran melalui peningkatan
produktiviti dan kualiti.
(e) Membolehkan syarikat mempelbagaikan perniagaannya
Usahawan
korporat dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti yang inovatif dan
meminimumkan kesan terhadap struktur syarikat. Kekuatan inovasi yang
dimiliki membolehkan sesuatu produk dihasilkan dengan jayanya. Syarikat
yang mengamalkan keusahawanan korporat akan mempraktikkan kemahiran
pengurusan yang lebih efektif, melaksanakan gaya kepimpinan yang dapat
mengelakkan daripada ikatan birokrasi dan membentuk iklim inovatif di
dalam syarikat. Secara tidak langsung, syarikat dapat meningkatkan daya
persaingannya menerusi inovasi dan pembaikan berterusan terhadap produk
yang dikeluarkan.
(f) Memberi peluang kepada syarikat untuk membuat percubaan pasaran
Kesediaan
membuat percubaan pasaran adalah merupakan sifat semula jadi usahawan
korporat iaitu sanggup mengambil dan berhadapan dengan risiko. Di
samping itu, syarikat yang mengamalkan keusahawanan korporat sentiasa
memberi tumpuan kepada hasil melalui kerja berpasukan, memberi ganjaran
terhadap inovasi baharu. bersedia mengambil risiko, bersikap toleransi,
dan belajar daripada kesalahan serta berorientasikan perubahan.
MODEL PROSES PEMBANGUNAN USAHAWAN KORPORAT
Model ini akan melalui lima tahap:
(a) Mendefinisikan masalah
Peluang-peluang
perniagaan mungkin wujud daripada sumber-sumber dalaman syarikat
ataupun industri. Untuk mengenal pasti peluang-peluang ink usahawan
korporat perlu lebih sensitif kepada sebarang perubahan dan bersikap
terbuka terhadap sesuatu yang di luar daripada kebiasaan. Salah satu
sumber idea usahawan korporat adalah datangnya daripada sesuatu
peristiwa atau kegagalan yang berlaku di luar dugaan. Peristiwa yang
berlaku atau kegagalan yang dialami menjurus mereka untuk mempersoalkan
atau mencabar kebiasaan dengan mengemukakan persoalan it’s the way
things are done?
(b) Membangunkan sekutu
Usahawan korporat
perlu membina hubungan yang baik dalam birokrasi syarikat bagi
memperoleh bantuan untuk pelaksanaan projek atau produk baru terutama
pada peringkat permulaan operasi. Oleh itu, usahawan korporat akan
mencari rakan kongsi dan pembekal-pembekal yang bersedia untuk membantu
mereka. Idea-idea kreatif yang dikemukakan boleh menarik minat
pihak-pihak berkenaan untuk turut terlibat dalam aktiviti yang telah
dikenal pasti selaras dengan matlamat syarikat. Selain meyakinkan
pelbagai pihak untuk turut serta, rancangan perniagaan yang mantap juga
akan dapat membantu mereka mendapatkan sokongan sumber.
Terdapat beberapa perbezaan di antara rancangan perniagaan yang disediakan oleh usahawan korporat dengan usahawan:
1.
Bagi usahawan korporat tiada bahagian hak milik yang menerangkan
tentang pembahagian syer dan sebagainya. Hal ini kerana syarikat
memiliki sega1a-galanya.
2. Usahawan korporat tidak mencari sumber kewangan luaran untuk memenuhi keperluan pembiayaan dalaman dan
3.
Aktiviti keusahawanan korporat memerlukan bahagian yang menerangkan
perhubungan di antara strategi operasi, kewangan dan pemasaran syarikat
dengan pelaburan.
(c) Pengagihan sumber
Usahawan korporat
berusaha mendapatkan sumber-sumber sama ada berbentuk fizikal,
teknologi. kewangan sumber manusia. dan reputasi seperti yang
diperlukan oleh usahawan-usahawan lain. Untuk memastikan kejayaan
pelaburan perniagaan dalaman sumber-sumber ini perlulah mempunyai
ciri-ciri yang sukar ditemui. bernilai. tidak boleh ditiru dan tiada
pengganti. Pada peringkat awal. sumber mungkin boleh dipinjam daripada
bahagian lain dalam syarikat tetapi setelah syarikat meningkat maju.
pengagihan yang tetap perlu disediakan bagi memastikan kelicinan
operasinya.
(d) Pelaksanaan projek
Terdapat persamaan di
antara pelaksanaan projek dengan pelancaran projek baru (new project
venture). Terdapat pengurus dan pelbagai jabatan dan pelbagai
pengalaman yang akan bekerjasama untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
dan pelancaran projek. Mereka akan sama-sama membangunkan strategi dan
menilai persekitaran industri.
(e) Projek siap dilaksanakan
Jika
projek ini gagal. segala keperluan projek akan diserapkan kembali Re
dalarr, syarikat untuk kegunaan lain. Jika perlu, pengurus boleh
menjual aset projek tersebut kepada syarikat lain atau kepada sesiapa
yang berminat. Jika projek mencapai kejayaan, syarikat perlu bersedia
memperuntukkan ganjaran yang setimpal atas segala usaha yang telah
diberikan oleh pasukan kerja berkenaan.
STRATEGI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN KORPORAT
Usahawan
korporat merupakan salah satu penyelesaian kepada syarikat yang
beroperasi dalam dunia yang penuh dengan persaingan. Bagi membolehkan
syarikat terus kekal dan berkembang, strategi-strategi berikut perlu
dilaksanakan untuk membangunkan usahawan korporat.
(a) Syarikat perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan aktiviti-aktiviti keusahawanan korporat
Faktor-faktor
seperti sokongan daripada pihak pengurusan atasan, penyediaan insentif.
struktur syarikat yang lebih fleksibel. penyediaan sumber-sumber. dan
sikap toleransi Re atas pengambilan risiko perlu diberi keutamaan.
(b) Elak daripada halangan birokrasi yang keterlaluan
Sistem
birokrasi yang keterlaluan di samping ketiadaan sokongan daripada
pengurusan atasan merupakan sekatan kepada pembangunan inovasi dan
pemberian insentif yang menggalakkan. Oleh itu. syarikat perlu bersedia
membuat penstrukturan semula bagi melahirkan persekitaran yang
menggalakkan aktiviti-aktiviti inovasi dan kreativiti. Dalam perkataan
yang lain, syarikat perlu bersedia mengamalkan desentralisasi dan
mengadakan program memperkasakan pekerja untuk menggalakkan pembangunan
usahawan korporat.
(c) Mewujudkan sistem kawalan syarikat yang berkesan
Sistem
kawalan yang wujud dalam syarikat perlu diperjelaskan agar dapat
mewujudkan sistem pelaporan yang seimbang lagi berkesan. Melalui tahap
kepercayaan yang tinggi akan mewujudkan amalan komunikasi terbuka dua
hala yang bersifat lebih terbuka dalam syarikat. Dengan sistem kawalan
yang sedemikian akan membangkitkan perasaan saling percaya-mempercayai
di antara pelbagai pihak yang terlibat dalam program keusahawanan
korporat.
(d) Menyediakan program latihan kepada ahli-ahli syarikat untuk membangunkan usahawan korporat
Oleh
kerana ciri-ciri usahawan dibentuk dan bukannya dilahirkan secara
semula jadi, maka program latihan perlu disediakan oleh syarikat untuk
membangunkan usahawan korporat. Program latihan boleh dilaksanakan
dengan memperkenalkan konsep dan mendefinisikan dengan jelas
kepentingan keusahawanan korporat kepada syarikat dengan memberi
tumpuan kepada faedah yang bakal diperoleh oleh syarikat dan juga
kumpulan pekerja yang terlibat. Tujuan utama program ini adalah untuk
mendidik pekerja dan pengurus tentang proses-proses dalam keusahawanan
korporat supaya mereka dapat menerima tanpa prejudis.
Program
latihan boleh dilakukan melalui kaedah syarahan. perbincangan, kajian
kes, tayangan pita video. projek pembangunan kumpulan, penilaian
individu dan persembahan peserta. Dalam program latihan pembangunan
usahawan korporat. peserta boleh mengetahui peluang-peluang dan juga
kekangan-kekangan yang akan dihadapi apabila menceburi program
keusahawanan korporat. Dalam program latihan, peserta perlu diberi
galakan untuk meluahkan pandangan secara terbuka. Peserta perlu diberi
kesempatan untuk menilai kreativiti sendiri dan mewujudkan program
jangka panjang bagi membolehkan mereka untuk mempertingkatkan kebolehan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
(e) Budaya syarikat
Pekerja
yang terlibat dalam program keusahawanan korporat perlu bersedia untuk
memahami budaya yang diamalkan dalam syarikat seperti kesediaan untuk
mengambil risiko dan bertoleransi terhadap kesilapan. Orientasi budaya
yang diamalkan oleh syarikat boleh mendatangkan dua kesan utama: sama
ada menggalakkan atau menyekat penghasilan idea baharu yang merupakan
ciri penting dalam pembangunan usahawan korporat.
(f) Peranan kerajaan dalam membuka peluang untuk membangunkan usahawan korporat
Kerajaan
telah memberi sokongan kepada pembentukan usahawan korporat. Antaranya
ialah suatu skim latihan keusahawanan telah diwujudkan melalui
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUn) bagi melatih
pekerja-pekerja yang hampir bersara supaya mereka lebih bersedia
menjadi usahawan kelak. Sekurang-kurangnya, melalui latihan ini mereka
lebih berani mengemukakan idea-idea baru kepada organisasi yang masih
menjadi majikan mereka. Selain itu, banyak kursus dan seminar telah dan
sedang diadakan oleh jabatan-jabatan kerajaan bagi meningkatkan daya
kreativiti dan inovatif para pekerja. Bagi meningkatkan lagi
keberkesanan program keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan
universiti, satu program jangka panjang perlu dibangunkan oleh kerajaan
untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan di kalangan guru atau
pensyarah. Dengan adanya program yang sedemikian akan membantu negara
untuk membangunkan usahawan yang gigih pada masa hadapan.
MASALAH YANG DIHADAPI DALAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN KORPORAT
Antara masalah yang telah dikenal pasti ialah:
(a) Diaplikasikan kepada syarikat besar berbanding dengan syarikat kecil
Hanya
melibatkan syarikat besar yang mempunyai tahap jualan yang tinggi serta
mampu membuat segmen terhadap pelanggan dan produk ang akan
dikeluarkan. Melalui segmentation ini memungkinkan syarikat menyerah
sebahagian produk atau pelanggan untuk diurus oleh sekumpulan pekerja
yang mempunyai minat dan kepakaran yang tinggi dalam bidang berkenaan
untuk melaksanakan secara bersendirian. Syarikat-syarikat kecil sukar
untuk mempraktikkan amalan ini kerana tidak terdapatnya pengkhususan
dalam menjalankan tugas. Namun mereka mungkin boleh melaksanakannya
melalui pembudayaan keusahawanan.
(b) Diaplikasikan kepada aktiviti-aktiviti sekunder strategik
Hal
ini adalah kerana tujuan perancangan strategik adalah untuk memasukkan
aktiviti strategik ke dalam proses perancangan strategik. Adalah tidak
munasabah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bukan utama dalam pasaran
dalaman. Oleh itu, hanya aktiviti-aktiviti sekunder yang bukan
merupakan satu keutamaan syarikat dalam proses perancangan strategik
yang akan dilaksanakan oleh usahawan korporat.
(c) Diaplikasikan ke atas persekitaran yang dinamik
Melalui
pembangunan usahawan korporat membolehkan usahawan bertindak secara
fleksibel dan inovatif apabila berhadapan dengan persekitaran
perniagaan yang dinamik atau sering berubah Sebaliknya, jika syarikat
beroperasi dalam persekitaran yang stabil pengaplikasian keusahawanan
tidak perlu dilaksanakan
(d) Kesukaran dalam menyampaikan hasrat kepada syarikat di mana pekerja berada
Usahawan
korporat sentiasa peka terhadap perubahan dalam persekitaran
perniagaan. Mereka sentiasa bertindak secara proaktif serta mempunyai
wawasan jangka panjang. Adakalanya wawasan mereka sukar difahami oleh
pihak pengurusan kerana mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi
atau sukar untuk dipraktikkan. Di samping itu, terdapatnya keadaan di
mana hasrat dan tindak tanduk mereka boleh mencabar autoriti pengurusan
atasan. Oleh itu. kadangkala usahawan korporat dilihat sebagai
pengganggu kepada keselesaan dan status yang diamalkan di dalam
syarikat. Apa yang usahawan korporat inginkan adalah sokongan dari segi
sumber dan moral untuk menjadikan impian mereka sebagai satu kenyataan.
(e) Dihalang oleh lapisan hierarki dalam syarikat
Dalam
syarikat besar, mungkin akan wujud birokrasi korporat yang mengutamakan
peraturan dan prosedur yang boleh menghalang perkembangan inovasi dan
kesediaan untuk mengambil risiko. Selain itu. budaya syarikat yang
tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan kesilapan menyebabkan
individu dalam syarikat tidak bersedia membuat perubahan atau
menghadapi ketidakpastian, Mereka perlu meyakinkan pengurusan atasan
untuk mendapatkan penajaan bagi membolehkan mereka melaksanakan
perubahan atau inovasi.
(f) Ketiadaan sistem ganjaran yang fleksibel dan sokongan penyelidikan
Untuk
membangunkan usahawan korporat, sistem ganjaran yang fleksibel perlu
disediakan bagi membuktikan sokongan dan pengiktirafan syarikat
terhadap segala usaha yang telan dicurahkan oleh pasukan kerja usahawan
korporat. Melalui ganjaran yang fleksibel akan meningkatkan dorongan
mereka untuk terus membuat perubahan yang akan membolehkan syarikat
mendapatkan faedah daripadanya. Di samping itu, syarikat perlu bersedia
untuk menyediakan sejumlah peruntukan bagi membolehkan penyelidikan
dilakukan oleh usahawan korporat.
KESIMPU LAN
Usahawan
korporat atau usahawan dalaman merupakan individu yang penting bagi
mempertingkatkan pencapaian dan prestasi sesebuah organisasi. Dengan
ciri—ciri keusahawanan yang dimiliki, mereka sentiasa mencuba untuk
menukar sesuatu idea kepada satu realiti yang boleh mendatangkan
keuntungan kepada din mereka khususnya dan organisasi amnya. Oleh itu,
sesebuah organisasi korporat mestilah memberi pengiktirafan yang tinggi
kepada usahawan korporat yang mempunyai ciri-ciri seperti mahukan
kebebasan, tidak terikat kepada struktur hierarki dan polisi syarikat,
sanggup menerima risiko secara sederhana dan tidak berminat dengan
amalan birokrasi. Antara kepentingan yang akan diperoleh dalam
membangunkan usahawan korporat ialah menolong mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti sekunder, merealisasikan keperluan secara
fleksibiliti dan inovatif bagi unit aktiviti-aktiviti sekunder,
menolong memendekkan masa bertindak balas, mengelakkan kecenderungan
untuk berkompromi, membantu syarikat untuk mengadaptasikan dengan
persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar. membolehkan syarikat
mempelbagaikan perniagaannya dan memberi peluang kepada syarikat untuk
membuat percubaan pasaran.
Intrapreneurial activities diukur
dengan menjumlahkan bilangan activiti keusahawanan yang disertai oleh
para pekerja seperti sumbangan mereka idea terhadap produk, proses, dan
perkhidmatan yang baru. Oleh itu kategori factor loading bagi dimensi
intrapreneurial activities tidak dapat dipaparkan dalam kajian ini.
Kajian
ini akan mengambil dimensi setiap variable yang mempunyai factor
loading lebih dari 0.5, sebagaimana yang dicadangkan oleh Hair et al
(2006). Oleh itu terdapat beberapa dimensi yang dikeluarkan dalam
kajian ini kerana tidak memenuhi kriteria seperti yang dicadangkan oleh
kebanyakan penyelidik. Antara dimensi yang dikeluarkan dari kajian ini
adalah time / resources availability and organisational boundaries
(organisational context); demand for new product dan unfavorability of
change (external environment).
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete