Saturday, 15 October 2011

Kasih Ibu....Sampai Ke Syurga.....

Rasanya syiling dapur kat rumah kita orang dah memang blh jadi "Ward Bersalin Kucing"...masuk nih dah kali ke 4 ibu kucing yang sama bersalin dan membesarkan anak2 yg baru lahir tuh...kali nih ada 4 ekor lagi,.....rimas betul dengan bunyi ibu n baby kucing2 tuh.....ngiau...ngiau...ngiau......

Petang tadi, my hubby panjat syiling dan turunkan baby2 kucing tuh....kesian..tapi rimas sangat dengar bunyi mengiau selain takut kucing2 tuh tersangkut wayar2 elektrik kat atas syiling tuh.....My hubby amik dan letak dalam sangkar arnab  (tempat upin n ipin dulu - upin n ipin dah bagi mama baru...aunty ina....sbb adam n alya alah dengan bulu2 halus arnab...huhuhu..sedih tul..sbb mereka dah manja sangat dengan kami....sob...sob....) . Hubby aku siap bagi susu "Dutch Lady"..hahahha..dengan harpan baby kucing dpat khasiat lah konon......(kemana tumpahny kuah kalau tak mke nasi..heheh..my mother in law...have more than 20 ekor kucing as a pets.....perhhhh...)..

Bila sampai malam......mulalah rasa bersalah.....bila baby2 tuh dah mula resah gelisah...cari "nenen" ibu dia....sedih betul tgk....lastly..my hubby bukak sangkar tadi dengan harapan ibu kucing dtang amik babynya....lama tul tunggu...akhirnya sang ibu menunggu kat celah2 kerusi..masa kami dah masuk rumah....diambil nya seekor demi seekor.....kasih seekor ibu..walau pun kucing.....diambil anak yg paling lemah dulu...yg palin exsyen..last sekali...mungkin ibu merasakan dia boleh menjaga dirinya....

Kisah simple kucing nih..kalau kita teliti....banyak pengajaran;

  • Kasih ibu tak mengira siapa...kekal sampai ke syurga...(cum yg aku confused...kenapalah banyak baby manusia yg dibuang tanpa belas kasihan....."bapak kucing" memang entah lesap ke mana..mungkin dah cari mak baru...tapi si mak tetap berusaha lindungi anak2 nya....mak2 baby manusia...tolonglah ambil pengajaran.......)
  • Anak2 adalah anugerah dan bukan bebanan........(kucing yang tak de akal tuh pon pandai nak selamatkan anak...walahal...nasib diri sendiri pon tak tau lagi.....sangup diredah apa juga.....)
  • Jangan aniya binatang.....apatah lagi menginaya sesama manusia..... (rasa berdosa yg amat ...padahal bukan aku aniaya pon kucing tuh...cuma alihkan jek anak2 dia dari syiling ke sangkar.....cuba bayangkan kalau kita menginaya sesama manusia.....rasa bersalah akan terus menghantui diri....selagi kita tak mintak maaf pd di..moralnya....jaga diri..hiasai peribadi...heheh)
Finally..kol 11 malam lebih....kesemua anak2 telah diangkut oleh ibunya...alhamdulilah....selamat berpindah ke rumah baharu....mohon maaf zahir batin kepada "ibu kucing dan baby2 nya" huhuhu.....tak osah lah lah beranak kat syiling rumah kami lagi.....huhuhu....



Anugerah Alam...Mostar , Bosnia

Rasanya banyak jugak negara-negara di bumi tuhan yang aku telah jelajahi....tapi, pengalaman menyaksikan bumi Mostar yang dulunya pernah dihujani pelbagai peluru angkara dendam puak Serbia.....sangat mengujakan...buminya sangat unik dan mengasikkan.....keindahan alam yang sukar digambarkan dengan kata-kata......pastinya kepada pencinta-pencinta alam...luangkan masa mengunjungi daerah ini....Rasa nak upload banyak gambar...tapi lambat...blh tgk di http://images.search.yahoo.com/search/images?_adv_prop=image&fr=slv1-msgr&va=mostar+bosnia

Mostar, Bosnia 











Orientasi Keusahawanan di Dalam Sektor Awam.....

Salam....

Malam ni agak free...tetiba rasa macam nak buat research pasai keusahawanan di dalam sektor awam....aku rasa dah sampai masanya semua penjawat awam di malaysia mula diterapkan  "nilai-nilai keusahawanan" dalam diri diri masing dalam usaha memberikan service terbaik....tak kira lah dalam sektor apa....

Nilai-nilai keusahawnan tuh bukan lah nak suruh depa2 nih berniaga msa kerja..huhu..maklumlah...nama pon keusahawanan....
tapi...semangat usahawanan dalam perkhidmatan awam....apa tuh.....
tunggu aku cari rujukan-rujukan yang berkenaan.......

Nanti akan ku update......

Sesi 2.....


Dunia keusahawanan, sering digambarkan satu keadaan persekitaran yang penuh dengan persaingan (Groenwald, 2010). Dengan kata lain, konsep keusahawanan melambangkan kepada kemampuan individu mengambil manfaat daripada persaingan yang dihadapi yang membolehkan mereka terus maju ke hadapan (Morris & Kuratko; 2008). Justeru itu, pendekatan “keusahawanan dalaman” atau intrapreneurship dalam Bahasa Inggeris adalah merupakan satu pendekatan baru untuk berhadapan dengan pesaing yang mungkin muncul dari dalam organisasi itu sendiri iaitu sama ada organisasi swasta yang melibatkan perniagaan mahupun organisasi perkhidmatan awam yang tidak berorientasikan keuntungan seperti Jabatan Polis, Guru, Bomba, Tentera, Jabatan Hasil Dalam Negeri serta lain-lain organisasi awam yang lain. Oleh itu, jika orientasi keusahawanan yang diwujudkan di dalam sesebuah organisasi ia akan membawa kepada peningkatan yang terhadap kepercayaan terhadap kebolehan dan bakat pekerja. Kepercayaan terhadap kebolehan dan bakat pula akan dapat meningkatkan daya inisiatif dan kreativiti para pekerja.
Tambahan pula, tugas dan tanggungjawab kakitangan awam merangkumi pelbagai situasi dan memerlukan pelbagai kemahiran. Kajian Morris, Kuratko dan Selvin (2008) menunjukkan mereka menghadapi pelbagai cabaran dan perlu berhadapan dengan pelanggan dan pihak atasan. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang kakitangan awam mempunyai kompetensi yang tinggi supaya berjaya membawa sesebuah jabatan ke tahap yang telah ditetapkan. Kakitangan awam pada masa ini perlu melihat jabatan tempat mereka bekerja sebagai sebuah organisasi yang menjual perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Mereka boleh dianggap sebagai usahawan dalaman untuk meraih keuntungan melalui kejayaan menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang. Sudah sampai masanya kakitangan awam berorientasi keusahawanan bagi meningkatkan lagi kejayaan sesebuah jabatan.

Bersambung semula untuk Sesi 3.. bila idea dah kembang.......